Posts

Showing posts from 2012

Sekitar banjir di Kelantan 2

Image
Berkumpul di Balai Bomba Rantau Panjang Bersiap sedia mengharung banjir Naik bot untuk kali kedua Seronok aku 1st time tengok banjir n main air banjir Itu fotografer Utusan..Rosni Masri Jalan Rantau Panjang dah jadi taman tema Budak2 lah yang paling seronok bila tiba musim banjir Pemandangan ini hanya mungkin boleh didapati di Kelantan

Sekitar banjir di Kelantan....

Image
Tahun ini aku mendapat pengalaman yang paling beharga dalam hidup aku dan sepanjang hampir 8 tahun aku memegang jawatan sebagai wartawan. Walaupun sangat penat..tapi pengamalan untuk bersama-sama melihat bencana alam yang melanda Kelantan merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Dan aku tahu tidak semua berpeluang merasai apa yang aku lalui dua tiga hari ini. Aku sertakan gambar-gambar sepanjang aku membuat liputan banjir di sekitar Rantau Panjang.. Esok aku masukkan selebihnya gambar..tak sempat plak nak download ari ni..Tiga gambar ni diambil sewaktu pasukan bomba membawa para wartawan untuk memasuki kampung yang terputus hubungan dengan dunia luar dan terpaksa membina sendiri pusat penginapan sendiri. Ini adalah pengalaman yang aku rasa sangat berharga..walaupun ditimpa bencana tapi aku rasa penduduk kampung sangat enjoy dengan keadaan ini..lihat saja budak2 yang seronok sangat bermain air banjir.. 

Musim hujan = Banjir is coming!!!

Dah seminggu rasanya hujan tak berhenti walau seminit pun di bumi Kelantan..tak merasa aku mendongak kelangit sepanjang minggu ini dan memijak bumi yang kering.. Jik akeadaan ini berterusan dengan kadar hujan yang lebih lebat..makanya..bumi Kelantan akan Banjir!!! Weho!!! tak sabar rasanya sebab aku tak pernah tengok banjir..tahun ini tahun pertama aku bertugas di Kelantan so aku akan dapat merasai membuat liputan di kawasan2 banjir..mesti seronokkan... So kena bersedia dengan selipar getah, baju hujan dan juga payung!!

Bantu rakyat kita dahulu...

Kebelakangan ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza dan berpusu-pusu individu dan organisasi untuk menghulurkan bantuan. Aku suka lihat semangat mereka untuk membantu rakyat dunia dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Aku jugak kadang kala hampir menitiskan air mata bila melihat gambar-gambar yang memperlihatkan penderitaan mereka terutama yang melibatkan kanak-kanak dan juga wanita. Tak dinafikan sekarang ni banyak misi kemanusian yang dihantar ke sana bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara seluruh dunia. Bukan di sini aku nk mencela usaha mereka cuma aku rasa terlalu banyak misi kemanusian yang dihantar ke luar yang melibatkan negara-negara krisis dan juga negara yang ditimpa bencana. Aku rasa mungkin 50 peratus daripada mereka/organisasi tersebut mahukan publisiti sebab setiap kali misi dijalankan pasti mereka bawa wartawan dan mahu disiarkan dalam akhbar atau televisyen. Buat press conference, bergambar sana-bergambar sini, kemudian menitisk...

Jangan Merungut Pada Dunia.. Tips atasi masalah diri/perhubungan

Perkara biasa yang sering menjadi lumrah dunia bagi orang sekeling adalah merungut bila kita ditimpa masalah. Bukan tak boleh merungut..tapi berpada-pada la kan. Masalah dalam kehidupan memang sentiasa adalah yang kita sebagai manusia perlu bijak untuk menguruskan masalah kita supaya tidak menjadi lebih berat. Tuhan menurunkan dugaan untuk menjadikan kita  matang dan ingat kesilapan diri. Aku percaya pada karma. Walaupun ia kepercayaan Hindu, bagi aku, dalam Islam juga kita percaya bahawa kadangkala tuhan menurunkan sedikit musibah sebagai balasan terhadap dosa-dosa kecil. 1. Muhasabah diri Muhasabah diri sangat penting setiap kali kita ditimpa masalah dan dugaan. Lihat di mana silap kita sehingga diturunkan musibah dan dengan cara itu kita lebih tenang untuk menghadapi cabaran tersebut. 2. Jangan Salahkan Orang lain Perkara yang paling harus dielakkan adalah menyalahkan orang lain setiap kali masalah timbul. Cari kesilapan diri terutama dalam perhubungan antara manusia...

Alpha Lipid SD II

Image
Sebelum ni aku pernah tulis mengenai product herbalife dan sejauh mana keberkesanannya dalam membantu penggunanya dalam menurunkan berat badan. Hari ni aku nak cerita pula pasal satu lagi product iaitu Alpha Lipid SD II. Ramai sebenarnya yang taksub dengan product ini sekarang dan ramai yang membelinya terutama mereka yang berbadan besar. Product ini sama rumusannya dengan entri aku mengenai Herbalife sebelum ini. Cuma aku terpanggil untuk menyiarkan salah satu komen pembaca dalam sebuah blog yang membincangkan mengenai keberkesanan product Alpha Lipid SD II. Wasted says: Hi friend’s , Just came across your blog discussing abt this SD2 Product . Okie let me share something with you all today , Please to those ppl who wants to buy this product don’t ever get cheated ! i’ve been using this product for the past 1 month and i have control my self to a extend of a strict diet , Nothing much happen , i lost 12KG you guys must be wondering how come im condemning a product...

Demam Durian Crepe..

Image
Skang ni merata-rata orang tayang gambar durian crepe..macam-macam warna. Aku punya la teringin nak makan..nak cari kat Kb tak tau siapa yang jual. Kebetulan satu hari tu kawan aku belikan sepaket untuk aku rasa..dapat la makan tiga ketul..ya allah aku rasa..sedap sungguh benda alah tu..Nak makan banyak2 susah nak beli pastu agak pricey la jugakkan. Ada yang jual satu set RM10, ada RM12..RM14 pun ada.. So untuk memenuhi tekak aku yang gila durian ni..aku mengeluarkan skill masak aku..hahahahaha..macam la terer sangat kan..sib baik aku ada mixer yang aku dapat masa kawin dulu. Aku pun cuba la buat..1st attemp memang menjadi cuma kilit dia huduh ski..kali kedua aku buat..aku bawak la opis bagi kengkawan rasa..Pastu si Timin member opis aku mntak aku buat sebab bini dia teringin nak makan..aku pun buat..pastu secara tak langsung sekarang ramai plak order.. Setakat ni aku dah jual 16 set dah durian crepe..menjadi usahawan crepe secara tak sengaja..hahahaha..so tu sebab skang...

Petua rawat masalah Vagina (tangas ringkas)

Image
Masalah kegatalan vagina dan akibat keputihan menjadi masalah biasa wanita yang sudah bersalin. Ada juga yang mengalami masalah ini di usia muda, tetapi menjadi lebih teruk ketika lepas berkahwin. Ramai antara kawan-kawan aku yang mengalami masalah yang sama dan telah menggunakan pelbagai jenis cara dan membeli pencuci keintimin yang mahal-mahal harganya. Sama juga lah dengan aku. Cara mencuci vagina dengan air rebusan sireh memang telah diturunkan oleh nenek moyang kita dan menjadi amalam tradisional..cuma aku improvise sikit jadi dan menjadikan tangas ringkas. Kalau tak ada masalah kegatalan vagina pun boleh juga buat tangas sireh ini. Tapi kalau nak cuba tangas yang menggunakan rempah boleh tengok caranya di sini Cara Membuat Tangas Rempah ..Caranya Tangas Sireh ni sangat mudah. Hanya perlu merebus daun sireh. Caranya seperti gambar di bawah..  Rebus sireh dan letakkan air rebusan sireh yang  masih panas di dalam besan seperti di atas  Leta...

My diet food...

Image
Berdiet tidak semestinya kita hilang nikmat makan. Tidak semestinya bila sebut diet kita tak boleh makan makanan yang sedap. Kita perlu variasikan kreativiti kita dalam menghasilkan setiap hidangan di atas meja. Bagi mengelakkan aku makan nasi...aku akan menyediakan sendiri makan malam aku walaupun di KB ini aku duduk sorang dan ini adalah sebahagian daripada apa yang aku sediakan..sangat sihat dan boleh dijadikan amalan pemakanan sihat. Portion ini sangat mengenyangkan walaupun dimakan tanpa nasi.Hidangan ini sangat mudah dan menjimatkan masa. Campak je semua dalam pengukus dan tunggu sampai masak. Steamed Chicken Bahan-bahannya.. Ayam Cendawan Shitake Brokoli Sweet Peas Daun bawang/sup Halia Black Paper Sos Tiram Kicap masin Cara-cara.. Masukkan ayam, sos tiram, kicap dan cendawan, daun sup, halia, black paper (letakkan sedikit air jika mahu) Kukus 20 minit(atau sehingga masak) Tutup api..kemudian baru masukkan sayur dan tutup pe...

Adik nampak hantu ke?

Ari ni aku lari topik skit..aku nak bercerita pasal anak aku yang kecik tu..Si Rizqy..Sekarang ni dia dah boleh cakap dan beri banyak reaksi. Umur pun dah nak masuk dua tahun kan. Kisah ni agak mengerikan sikit la. Mula-mula in laws aku cerita yang dia pergi hulur tangan nak salam kat penjuru rumah yang tak ada orang. Mula-mula dia salam semua yang ada kat kerusi sofa one by one..tapi bila di asampai kat penjuru tu dia hulu jugak tanga. Dia buat dua pusingan. Sebebnya si Rizqy ni dia suka orng tengok n bagi perhatian kat dia..Kalau orang gelak ke lagi la dia nak buat banyak kali..kali kedua pun dia still pergi hulur tangan kat penjuru yang tak ada orang tu. Kejadian kedua, adik aku cerita, dorang bawak dia pergi rumah mak long aku di kepong. Dia dah mengantuk sangat time tu so dorang bawak dia masuk bilik bibik tuk tidur..Agak gelap jugak la bilik tu. Tetiba dia merengek kata takut..dia kata " akut..atu" pastu tunjuk kat atas almari...adik aku yang dah memang penakut tu ...

Bomoh VS Doktor

Image
Tajuk di atas sangat subjektif..Walaupun kita hidup dalam pemodenan, masih ada segelintir daripada kita yang masih memberi kepercayaan sepenuhnya kepada khidmat bomoh dan juga pawang bagi mengubati sebarang penyakit mereka. Ada yang terlalu mempercayai bomoh sampai memudaratkan diri sendiri. Aku terpanggil untuk berkongsi cerita dan kisah aku apabila terbaca comment seorang blogger mengenai masalahnya yang mempunyai ketumbuhan dalam payu dara dan doktor mencadangkan supaya pembedahan dilakukan. Soalannya adalah, bolehkah dia berubah kampung dan tidak menjalani pembedahan. Aku pernah menghadapi masalah yang sama sekitar tahun 2005 ketika tu aku baru 23 tahun. Ketumbuhan dalam payudara adalah sesuatu yang biasa dah zaman kini. Tak ada apa yang hendak dimalukan dan yang penting adalah pergi mendapatkan rawatan sebelum ketumbuhan yang biasa tu berubah menjadi kanser. Ramai yang takut sebab ia melibatkan mahkota kita sebagai wanita. Siapa nak hilang dua gunung tukan tapi d...

Eat Your vege!!

Bercerita tentang sayur...pasti ramai yang tak sukakan..tapi itulah cara yang terbaik untuk untuk kita meningkatkan imunisasi badan kita. Sebaiknya amalam makan sayur ini patut diterapkan daripada kecil sebab kebiasaannya bila kita tak besar, memang susah untuk kita tukar habit daripada tak suka makan sayur kepada suka makan sayur. Mengikut pengalaman aku, sejak kecil bapak aku akan paksa aku ngan adik beradik aku untuk makan sayur..Mungkin sebab kerana terpaksa, sampai besar aku boleh telan sayur..Aku mengaku aku memang suka makan sayur even kalau tak ada lauk lain pun aku boleh makan nasi kalau ada sayur saja. Untuk menjadikan seseorang itu penggemar sayur, kita kena didik anak2 kita dari mereka kecil untuk mengenali sayur dan kebaikan memakan sayur..ajar mereka and keep saying..eat ur vege..its good for ur health.. Mulakan daripada mereka bayi..campurkan sayur-sayuran dalam makanan mereka..sama ada letak dalam bubur atau buat puree..Cari sayur2an yang pelbagai dan tukar mengi...

Cara membuat Jamu sendiri

Image
Bahan-bahannya. 1. Kunyit 2. Halia 3. Manjakani 4. Gula Merah CARA MEMBUATNYA 1. Tumbuk kunyit dan manjakani. Halia di hiris halia dan rebus bersama. 2. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan juga gula merah 3. Biarkan sejuk, tapis sebelum simpan. peringatan *cukup sekadar meletakkan sebiji manjakani kerana rasanya pahit. Sekiranya anda boleh menelan jamu yang pahit boleh letak mengikut kehendak anda. Jika tk nak letak pun tak apa. (boleh juga masukkan daun sireh.) update 25 Oktober 2016 Kak J ada jual Air Jamu Homemade. Sebotol RM15 tuk 500ml. Kak J juga ada buat pakej tuk pengusaha spa yang nak beli secara pukal or yang nak jadi reseller. Boleh whataps 0192682280-Kak J or follow ig: @juliaismail83

TRW..TRW..TRW..

Piala Malaysia baru sahaja habis and guess what..kelantan won again..aku rasa tahun ni memang tahun bertuah mereka la..Aku tak nak la cerita pasal kemenangan dorang atau mengulas mengenai permainan mereka and what so ever..cumanya nak bagi tau sebab merekalah aku sibuk teramat sangat sampai tak der masa nak update blog.. Memang aku di Kelantan ni, aku jarang cover game bola atau apa2 story berkaitan bola..Cuma bila partner aku kat kosmo ni sibuk dengan urusan menyudahkan story-story bola..aku kena cover benda lain yang tetiba banyak plak berlaku. Dalam minggu lepas ada dua kes tembak berlaku. Dan dalam masa yang sama ada dua kematian yang melibatkan peminat bola sepak The Red Warrior (TRW). Seorang meninggal sakit jantung dalam stadium shah alam masa tengok game dan sorang lagi meninggal masa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Jadinya, aku yang tinggal kat KB ni la yang kena berkejar untuk semua tu. Yang pertama, mangsa yang meninggal sakit jantung tinggal di Pasir Mas. Jauh ...

Cara membuat tangas..

Image
Tangas ini adalah amalan nenek moyang kita dahulu dan ramai di antara wanita moden kini sudah tidak mengamalkannya. Tapi kebelakangan ini, trend untuk bertangas sudah semakin popular dan terdapat spa-spa di kawasan bandar yang menawarkan khidmat bertangas dengan harga hampir mencecah RM100 untuk rawatan selama15-20 minit itu. Kat sini aku nak kongsikan cara-cara membuat tangas yang aku belajar dari internet jugak. Caranya sangat mudah dan bahan-bahannya boleh di dapati di pasar raya. Bahan-bahan rempahnya.. Sory..garam dengan asam jawa tak ada dalam gambar ni 1. Satu sudu kunyit hidup 2. Satu sudu halba 3. Satu sudu garam 4. Satu sudu jintan hitam 5. Manjakani (semua bahan-bahan ni ditumbuk/dikisar) 6. Perahan limau nipis (sebiji atau dua biji) 7. Perahan asam jawa Peralatan yang diperlukan 1. Periuk tanah (yang dialas dengan sireh) 2. Batu sungai ( amik yang muat dengan periuk tanah. 3. Kerusi plastik (beli yang berlubang-lubang kecil) 4. Kain batik. ...

My weight loss story..

Image
I just wanted to share few picture of me after bersalin and after yg manage to shed some kg. And pls noted that all my efforts came from natural force..healthy dieting and excercise..tapi aku startting pun tak la gemuk sangat..masa mula2 tu berat 48 kg dan tinggi aku 147 cm. Skang ni berat aku 43kg-44kg.. Gambar ni aku duduk jadi tak la berapa nampak sangat ketembaman aku Nampak muka je la ek..time ni masa aku baru sampai Kelantan.. So..selepas berbulan2 berusaha..daripada badan yang flabby..lemak sana sini (walaupun tak la gemuk sangat tapi lemak lepas bersalin ni lain daripada orang yang gain weight naturaly) ini adalah hasil aku..

Kenapa berhenti mengambil produk, berat badan naik?

Tidak dinafikan penggunaan pelbagai produk untuk membantu anda kurus yang berada di pasaran memberi kesan penurunan yang mendadak dan ramai telah berjaya membuktikan. Aku tak suka menggelarkan produk-produk seperti ini sebagai produk kurus kerana bagi aku ia adalah produk yang membantu anda kurus dan anda tidak akan berjaya menurunkan berat badan dengan hanya consuming the produk itself without any own effort like dieting. Sebelum ini aku pernah cerita dalam salah satu entri aku yang most of my friend in Kelantan mengambil product Herbal Life. Ada yang seperti mengejek aku dengan kata tak perlu terkinja/bersenam macam aku untuk turunkan berat. Dengan Herbal Life pun boleh turun. Ya aku tak nafikan. Dorang boleh turun sampai 5-10 kg tapi aku ada tanya sampai bila nak ambil produk yang harga mencecah RM500 tu. Dorang kata sampai dapat ideal weight dorang stop la sebab mahal sangat. Hmm..melalui pengalaman aku, more than 50 percent dari kawan aku yang stop makan herbal life atau any ...

Petua Kecutkan Jerawat Batu

Image
Petua ni mudah saja..Secara umumnya..jerawat yang sudah mula keluar daripada kulit tak boleh dihilangkan..Kita kena bagi dia keluar jugak. Cuma petua ni mempercepatkan sikit proses jerawat tersebut untuk pulih terutama jerawat batu. Apa yang aku lakukan setiap kali kelaur jerawat batu yang bernanah, aku akan ambil bawang putih..hiris nipis dan gosokkan pada jerawat perlahan-lahan. Kalau jerawat tu dah mula nampak mata, bila kita buat macam ni esok jerawat tu akan mula kering dan isi dalamnya juga kecut. Bila macam ni dia akan cepat pecah dan nanah/white head di dalam jerawat tu akan keluar. Ini mempercepatkan proses penyembuhan jerawat tu. Jadi tak ada la lama sangat jerawat merah menyala tu lama kat muka kita kan.. Selamat Mencuba!!

Jerawat / Acne

Jerawat sememangnya musuh utama setiap yang mementingkan penampilan diri terutama wajah. Kemunculan jerawat batu sememangnya mengganggu emosi yang merendahkan tahap keyakinan setiap manusia. Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal. Metodologi kemunculan jerawat Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan ole...

Tabah si ibu mendukung bayi OKU

Baru-baru ini, ketika aku sedang beli barang kat Tesco Kota Bharu, aku terserempak dengan seorang wanita yang sedang mendukung baby dia. Aku rasa baby dia dalam lingkungan 3-5 bulan. Kecik je baby dia. Masa nak timbang sayur, dia berdiri sebelah aku. Aku perasan anak dia lain skit daripada baby-baby lain. Kiranya kategori OKU la.. Rupa paras dan fizikal dia memang lain sangat. Rasanya tak perlulah aku ceritakan ek macam mana. Walaupun aku tau, aku tak sepatutnya memandang tajam anak dia, tapi i really cant help my self form starring. Dalam fikiran aku, tabah nya kamu wahai ibu untuk memangku anak sebegitu di hadapan orang ramai dan perlu berhadapan dengan pandangan2 sinis masyarakat sekeliling. Apalah perasaan dia bila aku pandang macam tu..Aku terkejut sebenarnya..Aku nak mintak maaf sangat2 kat si ibu tu, tak berniat langsung aku nak pandang begitu sebenarnya.. Bagi aku, si ibu yang mempunyai anak OKU sangat tabah. Untuk membesarkan anaknya di samping pandangan dan pert...

Home Made Ginger Tea

Image
Aku memang penggemar minuman halia. Kebiasaannya aku buat teh o halia. Tapi kali ni aku nak share Ginger Tea mengikut resepi pemilik Jari Spa yang merupakan bekas housemate aku masa bujang dulu. Caranya sangat mudah dan rasanya sangat menyegarkan. Ginger tea seperti ini kebiasaannnya dia jamu ketika kita mengunjungi spa. Aroma dia membangkitkan selain khasiat halia yang boleh membuang angin dan menyegarkan bahan. Bahan-bahan 1. Hirisan halia 2. Gula merah 3. Daun pandan (ikut citarasa sendiri) Adunan boleh buat dua cawan..Kalau tak suka rasa halia tebal sangat boleh banyakkan air dan tambah gula merah mengikut selera anda Hasilnya.. Dalam gambar di atas ada dua jenis gula merah. Satu yang keras and datu yang debu..dua2 pun boleh guna ikut citarasa anda. Selamat Mencuba!!

Loss 3.5kg in 10 days..My GF weight loss story

Image
Aku asyik citer pasal diri aku je..pasal teori macam mana nak kurus and stuff..hari ni aku nak kongsikan kisah my bestie dalam perjuangan dia untuk turunkan berat badan. Pertama skali aku perkenalkan.. Lina Nadiah Zainal, 29. Dia kawan baik aku since study kat UiTM tapi dia tak amik Mass Com..Dia student Sains aktuari..Kira budak pandaila..hahahaha.. Menurut dia, masa dia mula nak mengurangkan berat tu, berat dia dalam 78 kg..Berat tu adalah weight dia paling berat dia pernah capai. So..disebabkan end of this month dia nak fly study kat UK, dia perlu sgt turunkan badan. Kalau boleh nak turun sampai 68 kg.  So seperti biasa no product. Cuba dia enroll to celebrity Fitness and hire a personal trainer. Alittle bit costly tapi lebih baik daripada beli product ntah apa2 yang tak mengajar kita apa2 pun kan. Kami sama2 berkongsi mengenai pelbagai info bagaimana untuk menurunkan berat. We do all the math..count all the calorie and guess what, Lina berjaya turunkan berat 3.5 ...