Senang ke nak kurus?





Aku sebenarnya cemburu dengan orang2 yang tak perlu melalui post natal weight yang melampau macam aku. Aku orang yang berbadan petite dan dengan kenaikan berat sebanyak 20 kg sewaktu mengandung ia memberi terlalu banyak kesan. Bila lepas bersalin masih banyak berat yang perlu diturunkan. Ramai yang kata "Tu la kau, masa pantang tak nak pantang betul2. Tak nak pakai bengkung". Untuk soalan itu aku rasa cam nak lempang je kalau siapa yang cakap macam tu. Sebabnya? Dorang tak tau macam mana aku berpantang pastu suka2 je nak kata macam tu kan. Ingat berat 20 kg yang kita gain sepanjang 9 bulan pregnant tu boleh hilang dalam masa 44 hari berpantang?. Tp ada yang berjaya dan aku sangat cemburu dengan kebolehan badan mereka. Sebenarnya..ada kategori ibu-ibu yang tak perlu berusaha keras tetapi berat mereka senang untuk turun selepas bersalin. Orang macam tu aku kata 'gifted'. Aku boleh kategorikan ibu-ibu mengandung ni.

1. Ibu yang tidak naik berat terlalu banyak ketika mengandung oleh itu tidak mempunyai masalah berat berlebih selepas itu.

2. Ibu yang naik berat banyak tetapi dengan mudah turun semasa dalam proses berpantang.

3. Ibu yang naik berat banyak tetapi berat tidak turun seperti yang diingini sepanjang 44 hari tempoh berpantang.

Aku termasuk dalam kategori ke-3. Dan yang menjadi masalah bagi aku adalah ruang perut aku terlalu kecil oleh itu kulit perut terpaksa meregang lebih besar untuk memuatkan baby. Oleh itu bila baby keluar bayangkan kulit, lemak and isi perut aku.

Kepada soalan "Tu la kau, masa pantang tak nak pantang betul2. Tak nak pakai bengkung", aku pantang macam biasa. Pasal benkung ni, aku rasa aku la paling rajin. Tapi perut terlalu tebal n dia amik masa yang agak lama. Macam 1st pregnancy dulu, dalam masa 3-5 month aku dah berjaya kurus balik but its not an easy task. Untuk 2nd prengnancy ni aku pakai bengkung dari hari pertama sampai skang (baby dah 9 bln) tapi perut masih belum leper. Tambah2 aku czer and bengkung tak leh la ketat sangat masa dalam pantang Ada yang sound aku kenapa tak buat sit up. Aku boleh buat sit up tapi aku masih rasa sakit buat i still do it. I need to limit my movement lepas2 pantang dulu. Skang ni aku dah ada keberanian to do all excersize that i used to do dulu. Dulu, genap je 44 hari, hari ke 46 aku dah hit track tuk jogging tau. Tapi memandangkan skang ni aku czer, payah skit but still, masih ada cara tuk lose weight.

Kadang2 kita tak boleh samakan diri kita dengan orang lain. Orang lain tak perlu usaha untuk kurus tp still dapat badan cantik. Jika anda jenis yang perlu berusaha untuk berbadan cantik, work for it. Suami sudah tentu mahu melihat isteri mereka cantik. Nasihat aku, kita jangan terlalu menerima takdir kononnya, aku czer tu sebab gemuk sebab tak boleh excersise. Itu bukan alasan!! Aku czer, aku tak leh makan jamu. Itu pun bukan alasan!! . Dan lagi satu aku tak suka dengar orang kata alasan..Ala dah ada anak dua standard la...Jika anda mahu badan kurus dan cantik kita harus usaha ke arah itu walau ia mengambil masa yang lama. Yang penting kita ada usaha dan ada sedikit pengetahuan mengenai cara yang paling sesuai mengikut keadaan kita. Kita ada hak untuk kelihatan cantik tidak kira kita ibu kepada berapa orang anak and sibuk dengan hal2 rumahtangga dan kerjaya. Jangan putus asa.

Nak cantik bukan senang. Nak kurus bukan mudah. Get the result thru sweats not thru products...

Jangan percaya pada produk kurus

Dan yang utama, sebagai wanita yang sudah berumahtangga, bukan kecantikan luaran saja kita kena jaga, kesihatan dalaman juga perlu.. Nanti aku akan masukkan entri mengenai bagaimana menjaga pemakanan dan juga senaman yang sesuai bagi mereka yang sibuk dan malu untuk laki tengok dia bersenam..

Jangan tunggu sampai jadi macam ni. Kesian suami anda


Ni saja je aku nak masukkan gambar aku sebelum aku nak bersalin Rizqy
Gemuk kan?


Comments

Unknown said…
Sama la kita. Naik berpuluh kg masa mengandung. Now dlm pantang tak turun, perut menggeleber. So apa u buat utk kurus balik dear?
Unknown said…
Sama la kita. Naik berpuluh kg masa mengandung. Now dlm pantang tak turun, perut menggeleber. So apa u buat utk kurus balik dear?
nurul iman said…
i naik 22kg. sampai doc suruh diet. lepas 2 bulan habis maternity leave pon belum dpt pre-preg weight..
juliaismail said…
Banyak cara sebenarnya..apa yang penting usaha kita..saya rajin jaga makan dan bersenam bila ada masa..bila kita dah turun berat badan, once naik sekilo pun kita akan takut dan akan cuba turunkan balik macam mana cara pun..ada banyak cara saya pernah kongsikan sebelum ni..mungkin nanti saya boleh updatekan yang baru plak

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri