Imigresen..imigresen..imigresen..
Dua tiga hari ni aku sibuk sangat. Khamis ngan Jumaat lepas aku ulang alik nak uruskan hal permit maid. Jumaat lepas tak sempat nak rush g imigresen sebab sangkut kat LHDN lama sangat. Tu sebab nak mati kan stem beberapa borang yang ada. Sekejap je nak buat benda tu tapi nak menunggu giliran dia ya rabbi. Pastu ari ni aku continue lagi. Memandangkan Visa bibik dah dah tamat tempoh 12 November ari tu, aku cuak skit la takut tak leh nak buat permit pastu kena hantar dia balik Indon dulu. Aku sampai Imigresen awal2 pagi ngan mama. Sib baik pegawai tu kata tak payah hantar dia balik cuma kena buat rayuan lanjutan visa lawatan. Tapi bibik tu kena datang sekali ke imigresen. Dah satu hal plak aku rush balik amik bibik. Siap kena buat surat rayuan lagi. Dah aku kelam kabut menaip pastu g kedai printing tuk print. Sampai kat imigresen kena tunggu lama gila plak tu sbb ramai orang. Sampai terlelap aku kat kerusi. Ye la aku semalam keje malam and sampai umah kul 1pagi. Sib baik pegawai tu kata kena bayar RM100 tuk extand visa dia and denda over stay. Lega gak la aku bila dengar gitu. Tapi sempat la aku kena bebel ngan pegawai tu sebab lambat buat..hehehehe..Harap lepas ni proses nak buat permit bibik berjalan dengan lancar. AMIN..
Comments