Habatussauda...Percubaan aku mencari best medication

Mak Ngah aku baru balik dari Mekah last week. Aku ada pesan kat dia tuk belikan aku Habatussauda  atau jintan hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa atau Black Cumin, sebab nak buat ubat tuk diri sendiri dan jugak keluarga. Habatussauda ni adalah sejenis herba berasal dari Arab yang sangat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit. Aku saja la nak bagi kat anak2 aku dan juga alternatif kepada ubat2tan hospital. Bukan aku tak yakin ngan ubat2 spital ni cuma aku tau kalau terlebih amik ubat2 ni tak baik tuk kesihatan. Aku pun kalau dah teruk sangat sakit baru amik pain killer ke atau anak2 aku kalau dah kronik sangat demam, selsema atau batuk baru aku bagi ubat klinik.


Ini lah rupa habatussauda (gambar google)

Semalam aku letak tujuh biji Habatussauda dalam susu Rizqy dan dalam daging masak lada hitam yang aku buat tuk dinner. Kalau kat restoran Arab pun, Habatussauda ni merupakan salah satu bahan masakan mereka. Nama pun jintan hitam, ia boleh jadi penambah rasa dan aroma pada makanan.

Aku sebenarnya selalu kena marah ngan laki aku sebab tak suka bagi anak makan ubat. Bukan apa, aku macam ada rasa tak suka kat ubat2 tu. Sebabnya, aku pernah buat satu story yang mengatakan negara2 di Asia Tenggara merupakan negara yang paling banyak terlebih prescribes ubatan/drugs kepada patient sebab mementingkan keuntungan. Dlm article tu menyatakan antara negara yang kerap berlaku adalah Cina dan Indonesia. Bila aku buat article tu ada benar juga apa dia cakap. Anak aku telinga bernanah pegi klinik doktor bagi 5 jenis ubat and my boy just 7 month old. Ada dua jenis painkiller, dua jenis antibiotik, and a drop. Gila apa banyak sangat ubat. Perlu ke semua tu? Pernah sekali tu Rizqy dapat 6 jenis ubat. Aku jadi macam takut. So aku selalu bagi dia separuh2 je. Kalau laki aku tanya dah bagi ubat ke, aku mesti kata dah. Ye la kita tak tau apa kesan dia di masa depan. Banyak article2 dari US yang mengatakan ubat2an ni kadang kala memudaratkan sekiranya diambil dalam dos yang salah. So untuk mengelakkan hal itu aku akan pastikan anak aku jarang sakit. Kalau dia dah start selsema aku sapu vicks banyak2 kat tapak kaki dia pastu bagi pakai stokin. Ubat tu aku bagi juga la. Tapi aku boleh2 tak nak terlalu bergantung.

So sekarang, habatussauda dah makin popular so aku nak amalkan herba ni dalam makanan aku dan anak2 supaya sistem imunisasi dorang kuat and jarang sakit. Dengan ni aku boleh kurangkan rasa risau aku dengan ubat2 klinik yang dorang dapat bila demam. And aku leh kurangkan gaduh nagan laki aku setiap kali bagi anak2 makan ubat.

Aku percaya, ketahanan badan kita adalah melalui pemakanan kita. Kesihatan anak2 juga bergantung kepada pilihan kita.

Aku ingat lagi, masa aku kecik2 ayah selalu belikan buahan2. Sentiasa peti ais penuh dengan buah2an. Pastu ayah pastikan kitorang makan scott emulsion and vitamin c tablet. Makanan pun selalu mama yang masak. Kami adik beradik diajar (dipaksa sebenarnya) untuk makan sayur. Walaupun masa kecik kami kena paksa tapi bila dah besar panjang ni rasa tak lengkap kalau tak ada sayur dalam hidangan. Ayah ajar kami minum susu sampai besar. Walau ayah tak kaya tapi dia kayakan kami dengan makanan. Alhamdullilah, kami adik beradik jarang sakit dari kecik sampailah dah beranak pinak ni.

Jadi, aku berazam nak jadi macam ayah. Sangat concern tentang pemakanan dan kesihatan anak2. Harap2 aku berjaya..Aminn

Comments

Mama Ann said…
Tapi Ayh garang dan tk kedekut ..Nak ka kau jd mcm Ayh..
juliaismail said…
Angah tak garang tapi kedekut..hahahaha..macam mana tu?
nurul iman said…
post dah lama tapi nak komen jugak! haha.. betullah parents i dulu pon (smpai skrg pon!) suka buah2 n susu..reading ur article, i think..perhaps kena buat cmtu..tp my husband x suka beli buah lah..nampaknya kena usaha sendiri utk beli..ayo..now i pon x bg my kids mkn ubat klinik..asal sakit sket bg ubat standard n dosage melampau 5ml kauu..ubat cair tu..but still..i bg nutriferon.. http://goldenlounge.blogspot.com/2012/09/demam-anak-dan-nutriferon.html
juliaismail said…
Tu la pasal..for me..i amalkan banyak pemakanan sihat so tak la gantung pada ubat..cegah diri sebelum sakit is the best thing..kalau i rasa nak selsema skit cepat2 i minum air halia and buat sup ayam halia..tapi kalau dah demam terlantar atas katil tu..makan jugak la ubat..hehehhee

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri