Kunyit untuk kurus...



Mengamalkan pengambilan kunyit seperti amalan nenek moyang adalah sangat baik. Kunyit banyak memberi manfaat terutama kepada wanita. Bukan sahaja baik untuk kulit, kunyit juga memberi kebaikan kepada kesihatan rahim wanita.

Bukan itu sahaja, ia membantu juga kepada mereka yang ingin berdiet dan membantu mengurangkan berat badan.

Khasiat dan kebaikan kunyit terbongkar dapat membantu dalam menurunkan berat apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus.

Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin.

“Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, proses dikenali sebagai angiogenesis.

"Berdasarkan data kami, curcumin menekan aktiviti angiogenic dalam tisu lemak tikus yang diberi makan makanan tinggi lemak," kata penulis kanan yang juga pengarah Makmal Biologi Vaskular, di pusat itu, Mohsen Meydani.

Beliau, bagaimanapun menambah mereka tidak tahu sama ada keputusan itu boleh digunakan pada manusia kerana tiada kajian pernah dibuat mengenai perkara itu.

Salah satu komponen kunyit ialah curcumin, jenis phytochemical dikenali sebagai polyphenol. Penyelidikan mendapati phytochemicals, iaitu kimia yang ditemui pada tumbuh-tumbuhan, dapat membantu mencegah penyakit. Sebagai komponen bioaktif kunyit, curcumin sedia diserap untuk kegunaan tubuh.

Meydani dan pasukannya mengkaji tikus yang diberi makanan tinggi lemak selama 12 minggu. Kumpulan diberi makanan tinggi lemak pertama diberi tambahan dengan 500 miligram curcumin manakala kumpulan kedua tidak diberi makan bahan itu.

Kedua-dua kumpulan haiwan uji kaji itu memakan pada jumlah sama, menunjukkan curcumin tidak menjejaskan cita rasa tetapi tikus yang diberi makanan tambahan curcumin tidak mencatatkan kenaikan berat badan seperti tikus yang tidak diberi bahan itu.

"Curcumin nampaknya faktor utama menyebabkan pengurangan lemak tubuh pada kumpulan yang mendapat makanan tambahan. Pada tikus itu, kami meneliti penekanan kepadatan microvessel pada tisu lemak, petanda kurang pertumbuhan saluran darah dan oleh itu mengurangkan lemak.

"Kami juga mengesan paras rendah kolesterol darah dan lemak dalam hati tikus itu," katanya.

Macam aku, jamu kunyit memang aku amalkan..Kekadang aku buat air kunyit ngan asam jawa je..kekadang aku buat jamu yang banyak skit bahan tuk kesihatan wanita..kalau berminat nak tau resepi boleh klik Jamu Kesihatan Wanita


Comments

Mama Ann said…
Pasal mengamalkan makan kunyit la habis blender mmma jadi kuning...sapa nak jawab tu..
juliaismail said…
Hahahahaha...kat sini angah tak pakai blender..tumbuk je dalam lesung..
Rina Hj Saad said…
Utk elakkan blender, jari dan kuku jd kuning, try lah product saya jual iaitu pil kunyit dan jus kunyit..harga berpatutan dan kesan yg memuaskan hati. Bleh email saya dia rinasaad@yahoo.com atau like page fb saya www.facebook.com/GiffaRinaProduct utk tgk pil dan jus tersebut..tq
Unknown said…
slam...sy syor kan andro plus kepada penghidap darah tinggi Andro plus menurunkan selsema..demam selsema.demam panas.sakit tekak.masalah kerosakan hati dan cirit birit.kandungan utama adalah andrografolida yang banyak di temui di daun hempedu bumi.andrografolida berupaya mrncegah pegumpulan kolestrol yang pekat dalam saluran darah ke tahap yang lebih baik berbanding minyak ikan kod sebanyak 10 kali ganda berkesan Kajian d jalankan mendapati andrografolida mengurangkan kelesuan badan.sebanyak 50 %.sakit tekak berkurang sebanyak 40% sakit otot berkurang sebanyak 48% dan pening kerana resdung berkurang sebanyak 30%.resume untuk.di jangkiti selsema 2 kali menurun selepas amal kan.andro plus..sebotol ada 140 biji kapsul harga rm65 saja dengan formula buang lemak n sejukan badan...hubungi sy..mohd zuhairi 0174687570....amat amat berkesan
Blossommommy said…
Terima kasih atas info. Masa saya berpantang anak pertama pun kena minum air kunyit 3 hari pertama. Jemput ke blog saya untuk kita bertukar-tukar info.

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri