Aneroxia dan Bumilia

Hari tu aku ada janjikan mahu menulis seba sedikit mengenai Aneroxia Nervosa dan juga Bumilia..tapi rakan blog di blog Satu Persinggahan dah terlebih dahulu memasukkan entri..so aku amik jalan pintas linkkan entri aku ni ke blog dia..hehehehe.. thanks Inain sebab kongsikan info.. Baca di sini 

Tapi aku tulislah sikit dari segi pandangan aku secara general..Aneroxia adalah penyakit psikologi yang menyebabkan seseorang itu takut kepada kegemukan dan akan berusaha untuk menurunkan berat badan tanpa menyedari berat mereka telah terlalu ringan. Mereka menolak sebarang makanan. Mereka akan merasa gelisah setiap kali mahu mengambil sebarang makanan dan akan mengurangkan jumlah pengambilan kalori setiap hari..

Bulimia pula boleh dikatakan adik beradik kembar kepada aneroxia. Penghidap bulimia adalah penghidap aneroxia tetapi penghidap aneroxia tidak semestinya penghidap bulimia. Penghidap Bulimia mempunyai obsesi untuk menurunkan berat tetapi tidak boleh menolak makanan. Oleh itu mereka akan memuntahkan kembali apa yang dimakan. Oleh itu kesannya adalah sama apabila tidak ada makanan yang masuk ke dalam badan.

Cerita penghidap aneroxia meninggal dunia bukanlah sesuatu yang baru. Kebuluran melampau mengakibatkan organ-organ badan gagal berfungsi.

Badan kita memerlukan jumlah kalori tertentu mengikut tinggi, umur dan juga berat yang kita panggil Basal Metabolic Rate (BMR). Macam aku, badan aku memerlukan 1215.7 kalori.. Kalau aku mengambil jumlah kalori yang kurang daripada jumlah tersebut, ia akan memudaratkan diri. Jika nak kira BMR kamu, boleh baca entri aku tentukan kalori keluar dan masuk . TP ingat BMR itu adalah untuk kelangsungan hidup. Jangan plak amik kurang dari tu sebab nak kurus. Kalau nak kurus kena kira DCR plak..pastu create kalori defisit. Semua tu ada dalam entri klik sini. And kalau nak tahu Kalori makanan anda boleh klik sini.

Bayangkan..mereka yang mengidap aneroxia kadang2 mengambil makanan sehingga 100 kalori saja satu hari iaitu lebih kurang sekeping roti..Kadang kala mereka tahu mereka akan mati jika berterusan tetapi keadaan membuatkan mereka hilang kawalan ke atas apa yang mereka rasa kepada makanan.

Jadi, nasihat aku berhati2 dalam berdiet. Janganlah mula dengan diet ringan lama2 menjerat. Sebabnya kebanyakan cerita pengidap aneroxia, segalanya bermula dengan keinginan untuk mengurangkan sedikit sahaja berat. Mula-mula mengawal pengambilan makanan manis atau karbohidrat, kemudia mula skip lunch..lama2 dinner pun skip..semuanya sebab terlalu seronok bila berjaya mengurangkan berat dan menajdi teruja setiap kali angka penimbang menunjukkan penurunan.

Aku sertakan beberapa gambar yang aku dapat kat internet







Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland