Pesta Nenas..erk!!

Hari tu aku cerita pengalaman aku di lokasi pembunuhan..semalam aku lalui pengalaman yang boleh similar la. Semalam ada satu kemalangan ngeri berlaku di jalan P.Mas-R.Panjang. Kat situ memang kerap berlaku kemalangan.

Kisah kemalangan semalam agak menyedihkan. Lori yang membawa muatan tanah bijih terbabas lalu melanggar seorang makcik yang menjual nenas di tepi jalan. Lori tu terbabas terus masuk dalam parit. Makcik tu terperosok bawah lori dan dikatakan mati di tempat kejadian dengan pelbagai kecederaan serius.

Aku sampai lambat ke tempat kejadian sebab jauh kan Kota Bharu dengan R. Panjang. Masa tu mayat dah pun diangkat Tapi masa aku tiba di tempat kejadian aku tengok ramai orang kerumun gerai makcik tu yang dah roboh. Aku ingat dorang kerumun apa..rupanya masing-masing mengutip baki jualan arwah yang bertaburan di tepi jalan.

Ada yang amik nenas, limau bali, gula asam, kuah cicah..macam-macam la..ada yang lalu tepi jalan pun sanggup berenti sebab nak amik buah-buahan tu..Ada jugak makcik2 kat tepi tu yang tahu kami dari surat khbar suruh amik nenas-nenas tu..tapi aku tak gamak..

Oleh sebab tak ada waris kat tempat kejadian , aku g interview peniaga kat sebelah tu. Bila tengok nenas tu..dengan bau dia..tambah plak puasa..aku pun beli sebiji nenas kecik..dia jual kat aku RM1 je..

Aku sanggup beli daripada kutip yang kat tepi jalan..hehehehe







Comments

Ina said…
kalau aku pun tak sanggup nak kutip. tak sampai hati. dah la orang tu baru meninggal..

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland