Sungai Golok...
Semalam aku dikejutkan awal2 pagi kerana assigment lemas di Rantau Pajang..Jadi aku bangun dan drive sorang2 ke sana. Teringin juga aku nak tengok operasi mencari mangsa lemas sebab aku tak pernah tengok sebelum ni.
Tapi, aku malang skit la sebab masa aku sampai tu mayat dah jumpa n dah bawak naik tebing. Dah letak dlam plastik itam pun,,sedih aku tak dapat tengok..
Ni la Sungai Golok yang memisahkan sempadan Kelantan dan Thailand |
Mangsa ni orang cina umur 44 tahun. Dia terjatuh masa nak melangkah dari sampan ke atas pelantar kayu tu..Masa tu beru lepas ujan so licin..dia terjatuh. Dia ni kerap g golok nak berhibur bleh kata dua kali seminggu. Kali ni dia g ngan dua kawan dia. Yang herannya, kenapa masa dia jatuh kawan dia n orang sampan tu tak tolong..hmm entah la mayb gelak kot..
Dia jatuh kul 12 malam tapi jumpa 10.40 pagi esoknya.
Kalau kita tengok kelebaran Sungai Golok ni tak la besar sangat..tak sampai seminit naik bot dah sampai. Cuma ciri-ciri keselamatan tu tak ada. Tambang dia cuma RM1 je..dah boleh g seberang. Memang mudah sangat klu naik bot ni sebab kalau melalui imigresen amik masa setengah jam, tp kalau naik bot ni lima minit pun tak sampai.
Ni la pengangkutan yang biasa digunakan.. Tambang RM1 je |
Cuma yang bahayanya, nak naik bot ni tak ada ciri keselamatan. Itu satu hal, kalau la kata ada kejadian bom kat Golok, nak bawak masuk org kita balik ke Mesia susah sangat sebab tak ada pasport.
Tapi mungkin itu tanggapan aku orang luar. Bagi orang-orang di kawasan ini ia adalah perkara biasa dan juga sumber pendapatan. Melintasi sempadan Msia-Thailand menaiki sampan adalah satu perkara biasa dan bukan satu masalah. Lagi pun banyak penduduk di kedua2 kawasan sempadan ini memiliki dua IC dan dua kewarganegaraan. Jadi tidak ada masalah cuma menaiki sampan ni tak ada ciri2 keselamatan. Kalau terjatuh macam mana? kalau yg pandai berenang tu ok la jugak..kalau tak pandai berenang, macam mana?
Pastu, macam mana nak menyekat penyeludupan kalau bebas keluar masuk gini? Kalau setakat nak bawak keluar minyak masak, petrol..baju-baju nak meniaga tu tak kisah la, dorang nak cari makan tapi macam mana plak ngan orng yang seludup senjata n dadah.
Khamis malam Jumaat dan Jumaat malam Sabtu, sungai ni memang meriah..beratus-ratus orang keluar masuk..sebab nya nak berparti di kelab2 di Golok..majoritinya adalah orang Kelantan..
Senangkan kalau orang nak seluduh apa2 |
Comments