Petua buang lemak

Tips ni aku baru dapat dari kawan opis aku Aqmar. Dia kata kawan kakak dia cuba sebab nak hilangkan buncit kat perut sebelum kawin dan menjadi. Aku ni boleh kata suka mencuba. Semua benda aku nak cuba sebab desperate gila nak buang lemak yang banyak kat perut lepas bersalin Rizqy. Actually badan aku tak la besar mana and my weight everage 45kg tapi lemak perut aku macam orang mengandung 4-5 bulan. Maybe sbb aku operate and jenis perut tebal. Aku tak cadang nak turunkan lagi berat sebab i will look too young macam budak2 nanti. Cuma tang perut ni. And tuk buat sit up aku masih tak mampu sebab bekas jahitan tu masih terasa sakit.

Petua dia mudah. Cuma ada dua bahan sahaja. Plastik bungkus makanan (kebiasaannya bungkus sandwich) dan krim panas seperti krim pati halia mustajab.

Caranya:
1. Sapukan krim panas di perut dan belakang pinggang.
2. Kemudian balut bahagian perut sehingga 3 lapisan atau mengikut keselesaan anda.

Aku dah try dua kali dah di rumah. Dalam masa 2-3jam aku dah bukak sebab dia makin lama makin longgar. Hari ni aku cuba pulak tuk pakai g keje. So aku buat macam mana, aku sapu krim dengan banyak pastu balut. Kemudian aku pakai girdle kat atas so dengan cara ni plastik tu akan kejap kat dalam. So far dah 7 jam dah and aku masih selesa. Rasa panas dia agak lama berbanding kalau kita sapu krim seperti biasa. Aku baru try 3 kali and so far hasilnya aku masih tak nampak lagi.

Ni contoh gambar plastik pembalut makanan

Tak semestinya jenama mustajab tp aku pakai yang ini sbb dia lebih panas berbanding yang lain

Apa pun cara dan usaha, yang penting biarla ia berterusan. Kalau nak turunkan berat pastikan biar ia dengan cara  yang sihat. Macam aku, aku dikategorikan agak rajin jugak. Yang penting kita kena sentiasa aktif and kalau boleh selitkan sedikit senaman paling kurang 5-10 minit per day. Selamat mencuba.

Comments

fatin said…
setuju dgn petua ni.
pernah baca sblm ni.. mm.. efek dia sama mcm bertungku..

nway, jemput ke blog.. ada nama kamu tau!

http://februaricinta.blogspot.com/2011/10/carta-terkini-bloggers-at-cintas.html
juliaismail said…
Rasa kesan dia cam cepat gak. Ni dah buat 4 kali dah. Ada perubahan pada perut memandangkan kulit n lemak saya kesan bersalin baby 2nd tu tebal gila. nak tengok kesan dia kalau berterusan sampai sebulan. Kopak gak ni nak kena beli plastic wrap banyak2..hahaha
PrincesSara said…
Nak cuba la... kalau julia ley hilang xkanla puteri yg beranak normal xley ilang gakkan...
huhu ice pun mainkan peranan xley slalu minum ice sbb tu la perut smkin buncit..
aiNaSha said…
easy yet practical.. :)
nurul iman said…
eh cane nak lekatkan plastik tu kat perut? nnt jalan2 xbunyi ke plastik tu huhuhu..so pakai buang la ek? nk try..perut cm mengandung huh stress >_<
tlg reply dgn jawapan..hu hu..
juliaismail said…
Plastik tu elastik..kalau kita balut dua tiga kali dia akan melekat..kalau nak buat kerja berat skit boleh pakai girdle kat atas..sesuai tuk pakai kat umah je la..hehehe..sory lambat reply..baru perasan ada comment..hehehehe
Cik Niys said…
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK ANDA MERAWAT MASALAH DALAMAN..MAMPUKAH HANYA MENUNGGU SAHAJA..TANPA USAHA....XDA NAFSU??RENDAH DIRI...SILA PM SAYA..KAMI AKAN MENDENGAR SEGALA MASALAH..DAN AKAN MEMBANTU ANDA DENGAN RANGKAIAN PRODUK JAMU SUSUK DARA,,
www.facebook.com/khairunissa.hazlin
www.facebook.com/JamuSusukDaraMenawanKalbu
0179065057..niesa..
Unknown said…
Thks sbb ksi petua...
Saya mengurut org bsalin n mmg saya guna cara balut plastik kuih tu

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland