Tuesday, October 18, 2011

Mak saya ada blog..

Aku baru buat blog kat mak aku. Dia dok kejan aku tuk buat blog kat dia dah lama dah. Agaknya dia teringin la kot nak menulis. Ye la asyik baca blog orang je. Ari ni baru dia tau ada orang komen benda2 yang dia tulis. Tu pun sebab aku yang perasan. Punya la dia seronok. Masa minum pagi ngan aku pun dia dok ulang yang tu je la..best nye ada orang komen. Tapi bila aku p keje dia tak reti nk reply balik komen tu. kesian plak. Tapi tak pe la..nanti aku ajar la dia. Elok jugak dia ada blog tu. Boleh la dia hilang kan boring2 dia. Sebelum ni dia ngan FB je. Lagi pun skang dia dah ada bibik so senang la skit. Kerja2 rumah semua bibik yang buat. Ada la masa tuk dia rest and enjoy life dia plak. Ye la sebelum ni dia asyik buat keje rumah and uruskan anak2 je. Bila anak2 dah besar, dia jaga cucu plak (which is anak aku). Hehehehe...sory mama nyusahkan..Love u so much.. Kepada yang teringin nak tengok blog mak aku rajin2 la p teratak-mama.blogspot.com.

No comments: