Wednesday, October 26, 2011

Kau cinta ku

Mata terpaku melihat kamu,
Masih sama seperti dahulu.
Sapaan masih menyentuh kalbu,
Kau hidup dalam diriku.

Pernah dulu bunga disiram,
Kembang mekar indah di taman,
Kelopak bunga tetap akan layu,
Aku jadi sayu.

Mimpi semalam sungguh indah,
Aku mahu kekal selamanya,
Namun ia hanya fantasi,
Yang tidak pernah berulang.

Hari ini aku sedar,
Duri adalah penyeri,
Mata ku pejam dan ku buka,
Hanya satu yang nyata,
Kau adalah cinta ku sampai bila-bila.

oleh Julia Ismail

2 comments:

man said...

bersama dlm meneruskan kehidupan...

juliaismail said...

ye betul..dugaan terpaksa ditelan kerana itu mematangkan seseorang..