Tuesday, October 18, 2011

Petua hilangkan sakit senggugut

Masalah senggugut ni memang biasa di kalangan wanita terutamanya remaja. Orang selalu cari cara yang terbaik nak hilangkan sakit senggugut ni. Dulu kita selalu  makan penadol mentrual warna pink tu. Tp pil2 ni tak baik tuk kesihatan kita sebenarnya. Petua aku nak bagi ni sebenarnya aku reka sendiri sebab masa tu aku dah sakit sangat dah. Dah tak tau nak buat apa lagi pun time tu banyak keje aku kena tolong laki aku kat kedai dobi. Memang aku tau kunyit baik tuk rahim kita. So aku g kedai runcit sebelah kedai aku, aku beli segenggam kunyit ngan halia. Aku potong nipis2 aku rebus ngan gula merah. Rebus tu biar la lama skit biar keluar pati2 halia ngan kunyit tu. Lepas tu minum sambil selawat 3 kali. Seeloknya minum masa panas. Tp korang agak2 la kan, jangan plak tengah2 mendidih tu korang hirup. Buat la seperiuk kecil, and ulang minum. Alhamdullillah berkesan. Rasa dia sedap juga sebab gula merah tu buat kita rasa fresh. Halia tu plak buang angin. Nanti terus rasa segar. ok ye selamat mencuba..


2 comments:

Anonymous said...

ok, i akan try petua ni...rasanya berkesan...tapi kalau malas nak rebus, parut je halia dan kunyit tu, and then letak air yang baru lepas mendidih, lepas beberapa minit, minum terus...letak madu sikit untuk sedapkan rasanya...lagipun madu ni banyak khasiat juga...

juliaismail said...

Macam tu pun ok jugak..janji air panas tuk legakan krem perut tu