Friday, October 14, 2011

Teduhan Aku


Di bawah payung itu aku berdiri,
Berteduh dari hujan dan panas,
Walaupun tidak sempurna,
Aku selesa.

Ditanya ramai,
Mengapa tidak ditukar yang baru,
Aku jawab,
Ini tempat jatuh dan bangun ku.
Aku selesa maka aku bersyukur.

Mungkin belum masanya lagi.
Untuk aku menjadi burung,
Terbang mencari hinggapan baru,
Melihat dunia yang terbentang.

Hujan batu ini aku gengam,
Hujan emas itu hanya untuk ku lihat,
Keberanian belum ku junjung,
Untuk meragut di padang yang lebih hijau.

No comments: