Posts

Showing posts from November, 2011

Wartawan masuk neraka pulak...

Arini kisah aku sama dengan entri yang aku tulis sebelum ni (  klik ini  ) cuma harini apa yang aku dengar and terima lebih teruk dan menyedihkan. Kisahnya begini. Aku mendapat tugasan untuk pergi ke satu sidang media tengah hari tadi. Seperti biasa aku ngan reporter Utusan, Maisarah naik satu keta. Al maklum si Maisarah ni pregnant 8 bulan lebih dah tak larat nak bawak keta so dia tumpang aku. Sampai kat PC tu kami terlewat sikit so PR dia kata Tan Sri tunggu korang je. Bila kami masuk Tan Sri terus tanya siapa dari Utusan and siapa dari Kosmo? Kami pun angkat la tangan sorang2. Bila duduk seperti biasa kami keluarkan la buku dan pen nak salin PC tu pasal apa. Biarlah aku tak tulis pihak mana yang buat PC tu. Lepas dari tu aku rasa selama dua jam tu adalah azab untuk kami tapi yang lebih terkena tempiasnya adalah Maisarah. Kesian dia. Rupa-rupanya Tan Sri ni nak marah pasal satu story yang Utusan ni buat. Aku tak kisah la sebab memang la dalam story tu ada kesalahan skit...

Mom, Wife, Worker, Bos - not an easy task..

Image
Seperti tajuk di atas, (macam surat rasmi plak) aku rasa tugas sebagai ibu, isteri, bos dan pekerja dalam satu masa bukan tugas yang mudah. Im struggling every single day.. Serius ni bukan main2.. Dulu aku tengok orang je skang aku rasa sendiri. Bukan aku merungut cuma mahu berkongsi my hectic life every day. Skang aku dah ada dua anak. Nak menguruskan dua anak, si bapak, rumah dan tugas sebagai wartawan..plus kedai dobi aku lagi...fuh...pening wei..But now aku kurang sikit sebab husband aku dah berenti keje and uruskan kedai fulltime. So aku dah tak payah dah nak pergi kedai every singgle morning or rush back from work with 2kids ke kedai tuk tengok progress kedai. Dulu itu la rutin aku. Sampai aku amik keputusan tinggal kat kedai aku. Hampir setahun rumah aku terbiar je. Aku balik amik barang je. Memang ramai orang suh aku sewakan tp sayang la. Rumah kita kan, dengan barang2 yang berlambak tu nak campak mana kan. Pagi2 aku akan bangun tukarkan pamper anak2. Pastu siapka...

Bela hantu ke pompuan ni?

Image
Ni citer pasal pompuan kuat makan. Berat dia 48 kg je beb, tinggi 5 kaki 5inci tapi bila dia makan, nauzubillah...hahahahaha.. Sonya Thomas atau digelar 'The Black Widow' ni adalah juara makan. Yang best nya orang yang dikalahkan tu adalah lelaki. Terbaru dia kalahkan semua lawan dia dengan makan ayam turki seberat 2 kg dalam masa 10 minit je dalam pertandingan Wild Turkey 81 Eating World Championship, yang diadakan Times Square, New York, semalam. Dia ni memang pencipta rekod makan paling banyak. Sebelum ni dia boleh makan 183 kepak ayam dalam masa 12 minit yang memecahkan rekodnya sendiri pada September lepas. ONE BIG APPETITE: SONYA THOMAS'S EATING RECORDS Asparagus - 5.75lbs deep fried in 10 minutes Burgers - 7 3/4 pounders in 10 minutes Cheesecakes - 11lbs in 9 minutes. Chicken nuggets - 80 in 5 minutes Chicken wings - 183 in 12 minutes Crabcakes - 46 3oz cakes in 10 minutes Eggs - 65 hard boiled in 6 minutes, 40 seconds Fruitcakes - 4lb...

Kena penjara sebab dirogol?

Image
Hari ni aku baca kisah seorang gadis di Afganistan ditawarkan peluang untuk bebas dari hukuman penjara sekiranya dia mahu berkawin dengan lelaki yang merogolnya. Cam berbelit je kan kalau baca. Asal plak dia mangsa rogol, tp dia plak kena penjara. Gulnaz berusia 19 tahun ketika dia di hukum penjara 12 tahun di atas tuduhan melakukan seks sebelum berkahwin walaupun hakikatnya dia sebenarnya telag dirogol. Lelaki tersebut adalah suami kepada saudara wanitanya yang kebetulan berasa di rumahnya sewaktu ibunya keluar untuk ke hospital. Yang kesiannya dia cuma menyembunyikan kisah tersebut kerana wanita yang telah melakukan hubungan seks walaupun dia sebenarnya dirogol dipandang hina dan dianggar mencemar maruah keluarga dan negara. Dia seimpan rahsia tersebut sehingga dia menunjukkan tanda2 morning sickness. Orang bukan kesian kat dia malah hukum plak dia atas kesalahan seks sebelum kawin. Apa dah. maybe dorang tak der istilahh rogol kot kat negara dorang. Apa2 semua pompuan y...

Habatussauda...Percubaan aku mencari best medication

Image
Mak Ngah aku baru balik dari Mekah last week. Aku ada pesan kat dia tuk belikan aku Habatussauda  atau jintan hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa atau Black Cumin, sebab nak buat ubat tuk diri sendiri dan jugak keluarga. Habatussauda ni adalah sejenis herba berasal dari Arab yang sangat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit. Aku saja la nak bagi kat anak2 aku dan juga alternatif kepada ubat2tan hospital. Bukan aku tak yakin ngan ubat2 spital ni cuma aku tau kalau terlebih amik ubat2 ni tak baik tuk kesihatan. Aku pun kalau dah teruk sangat sakit baru amik pain killer ke atau anak2 aku kalau dah kronik sangat demam, selsema atau batuk baru aku bagi ubat klinik. Ini lah rupa habatussauda (gambar google) Semalam aku letak tujuh biji Habatussauda dalam susu Rizqy dan dalam daging masak lada hitam yang aku buat tuk dinner. Kalau kat restoran Arab pun, Habatussauda ni merupakan salah satu bahan masakan mereka. Nama pun jintan hitam, ia boleh jadi penam...

Rezeki wartawan haram?

Hari ni aku keje malam. So seperti biasa tugas aku angkat call kat opis Kosmo ni. Ari ni sumpah aku sakit kepala maybe gara2 tengkuk aku yang terkehel. Tepat pukul 7 ptg aku dapat call dari seorang makcik yang tak puas hati dengan story Kosmo pg 2 mengenai tunjuk perasaan kat Mesir. Dia kata story tu tak tepat. Katanya anak dia pun belajar kat Mesir tapi kenapa tulis 10,000 pelajar Malaysia di Mesir bimbang keselamatan. And dia kata kat Mesir aman je cuma kawasan situ je berbalah. Anak dia selamat je. Kenapa nak kena hebatkan cerita sampai macam tu.. Aku seperti biasa bila ada caller macam tu aku diam je.. Tapi bukan takat tu je, dia suruh aku hold pastu pas kat laki dia. Tak sempat kata apa2 lagi laki dia terus kata kat aku "masyaallah'. Pastu dok tazkirah aku panjang lebar. Dia kata kenapa Kosmo! tak call Wisma Putra dulu untuk pastikan perkara tu. Katanya, faham la surat khabar ni nak pulisiti murahan and story yang buat orang baca. Tapi biarlah rezeki itu halal dan dibe...

Pembedahan besarkan...!!!

Image
Hari aku bukak http://www.dailymail.uk.co/ and terbaca berita ni. Pasal satu transgender/pondan ni inject cement, super glue and tyre sealant kat bontot so call 'pelanggan' dia sebab nak ada shape curvy katanya. Apa yang aku tertarik adalah gambar dia memang lawak. Bontot dia tak hengat..Dia rasa cantik ke bila jadi rupa cam gitu ha.. Kononnya pondan ni dah buat dulu dah pakai simen tu la gamaknya..hahahaha..tpi yang jadi customer dia tu memang bongok tul la..   Oneal Ron Morris Dalam dailymail dorang cerita trend untuk membesarkan bontot di negara barat dah meningkat sampai banyak yang memilih doktor-doktor tak bertauliah buatkan sebab nak murah. Jadinya ada yang mati and ada complication yang bagai2.. Dunia..dunia Nak baca lebih lanjuat di   http://www.dailymail.co.uk/news/article-2063538/Fake-doctor-Oneal-Ron-Morris-boosted-womans-home-implant.html#ixzz1eDgxsx3O Bukan tu je..belek punya belek aku terbaca plak pasal art...

Perlu ke makanan anak sedap?

Image
Ramai yang menganggap budak makan apa sahaja. Asalkan bagi makan biar dia sihat dan gemuk. Or takut parents kita marah sebab tak bagi cucu dia makan. Tapi bagi aku, bayi n kanak-kanak berhak juga mempunyai deria rasa yang menyukai sesuatu makanan. Ramai yang kata anak mereka tak nak makan. Kalau masak dorang tak nak makan. Tapi pernah tak korang cuba variasikan atau cuba dari masa ke semasa tengok apa makanan yang anak anda suka. Macam kita jugak kan, bila lapar kita cari apa benda yang sedap kita nak makan. Apa salah kita jamu anak kita dengan makan yang sedap2. Tapi ingat, terlalu menjamu ini  jugak menyebabkan anak di Malaysia ini obes. Jangan la putus asa bila anak2 tak nak makan. Cuba juga cari cara terbaik untuk mereka makan. Aku ada pengalaman dengan dua anak. Yang sulong akan makan apa sahaja yang aku masak tanpa tolak. Cuma dia tak suka sebarang jenis nestum atau biskut atau jar food. Yang Rizqy ni pada mulanya tidak berapa nak makan. Semangkuk bubur jarang dia dapat hab...

Dah boleh buat sit up.. alhamdullilah..

Image
Setelah 9 bulan aku melahirkan Rizqy melalui c-section, baru aku berani nak buat sit up. Itu pun sebab bila aku dengar member aku yang baru berapa bulan c-section dah boleh g gym n buat sit up. Dia kata mula2 memang la rasa pelik tapi sebenarnya tak apa2. Bila aku dengar cakap dia, balik umah aku terus cuba buat. Memang mula2 risau gak aku lama2 aku rasa ok jugak. Mungkin sbb aku terlalu takut kot. So aku rasa aku dah boleh dah mula giat mengempiskan perut aku yang extreamly tebal dengan lemak ni..hehehehe

sakit mulut...ulser..huk..huk..huk.. ;(

Image
Niat dihati nak telah gambar ulser tp menggelikan sungguh!! hahaha..so letak gambar ni je la ye...  Dah seminggu lebih dah aku kena ulser. Tak baik2. Sakit dia ya rabbi padahal sebiji je. Nak buat apa pun tak selesa. Ubat doktor bagi pun tak berkesan. Petua orang bagi semua dah cuba. Aku rasa ni la ulser paling lama aku pernah kena. Sakit wei..nak makan sakit, nak minum sakit, nak cakap pun sakit..Ni skang ni bibir pun dah nak start sakit. Apa kena ni? Harap-harap cepat la baik ulser aku ni..huk.. huk... huk..

Baju raya terbakar!!

Image
Ari ni aku tak der mood. Baju raya aku berlubang kena iron panas. Hampeh. Dah la baju tu boleh kira berapa kali je aku pakai. Rasa cam tak nak g keje je. Sekian. Ni la baju raya aku yang hangus berlubang!! huaa!!!

Imigresen..imigresen..imigresen..

Dua tiga hari ni aku sibuk sangat. Khamis ngan Jumaat lepas aku ulang alik nak uruskan hal permit maid. Jumaat lepas tak sempat nak rush g imigresen sebab sangkut kat LHDN lama sangat. Tu sebab nak mati kan stem beberapa borang yang ada. Sekejap je nak buat benda tu tapi nak menunggu giliran dia ya rabbi. Pastu ari ni aku continue lagi. Memandangkan Visa bibik dah dah tamat tempoh 12 November ari tu, aku cuak skit la takut tak leh nak buat permit pastu kena hantar dia balik Indon dulu. Aku sampai Imigresen awal2 pagi ngan mama. Sib baik pegawai tu kata tak payah hantar dia balik cuma kena buat rayuan lanjutan visa lawatan. Tapi bibik tu kena datang sekali ke imigresen. Dah satu hal plak aku rush balik amik bibik. Siap kena buat surat rayuan lagi. Dah aku kelam kabut menaip pastu g kedai printing tuk print. Sampai kat imigresen kena tunggu lama gila plak tu sbb ramai orang. Sampai terlelap aku kat kerusi. Ye la aku semalam keje malam and sampai umah kul 1pagi. Sib baik pegawai tu kata ...

Seminggu cuti...

Hari ni last day aku bercuti. Ya Allah..nikmat gila aku bercuti. Aku spend most of my day kat umah with my boys and some of the days aku g umah mak aku. Keje aku masak pastu makan cam orang gila. hahaha.. Rasa cam nak cuti lagi lama je...Best gak kalau jadi fulltime housewife ek...Tunggu laki balik pastu masak bagi makan. Tengah hari masak, letak dalam bekal hantar kat husband yang dah dua minggu benti keje and fulltime uruskan kedai dobi kami. So nextweek mulalah episod aku sebagai wartawan sekali lagi....

Rindu zaman dulu2..

Image
Nampak cam sakit and menderakan budak2 tu. Tapi melalui pengalaman aku ia tak memberi kesan pada budak tu sebab badan dia dah cukup fleksible dan dan mungkin budak tu enjoy dengan apa dia buat. Macam aku dulu2... Saja je aku nak masukkan gambar2 ni. Semua gambar2 ni adalah semasa sesi latihan fizikal Opera Peking di sebuah sekolah seni di Shenyang, China. Gambar ni aku dapat dalam file Reuters. Gambar yang paling bawah tu ada keluar Kosmo 4 November bahagian Dunia. Teringat zaman2 masa aku gimnas dulu..hmm..kan best kalau aku leh jadi jurulatih..

Penting!! Jika anda mahu turunkan berat..

Image
Perkara utama yang selalu orang beritahu kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan adalah dengan diet atau kurangkan pengambilan makanan. Dengan erti kata lain jangan makan!. Memang betul diet adalah komponen terpenting dalam proses penurunan berat badan namun mesti ingat, diet jika tidak diselangi dengan senaman juga tidak akan mendatangkan hasi, tapi ramai yang berjaya dengan hanya berdiet. Tapi apa guna berdiet sekiranya badan tidak cergas. Kali ini aku tak mahu cerita pasal senaman. Entri ini adalah untuk aku bercerita mengenai DIET yang sesuai mengikut cara aku. Aku pun belajar dari pembacaan dan juga menonton The Biggest Loser. Tu fav TV show aku. Diet yang betul adalah diet yang SEIMBANG. Apa makna diet seimbang? Diambil dari http://www.dietsehat.info/ Diet sehat adalah diet seimbang yang mengandung •banyak serat sayuran •karbohidrat kompleks •vitamin, mineral •enzim •minyak tidak jenuh yang dapat menjaga keseimbangan level kolesterol dalam darah ...

Email to Child Behavioural Psychologist | EIP - AUTISM SDN. BHD.

Image
Just nak kongsi mengenai kerisauan aku sbb Addam still tak bercakap and perkembangan dia agak pelik skit. Sebagai ibu sepertimana ibu-ibu lain, bila anak mereka lambat menunjukkan perkembangan seperti lambat berjalan atau lambat bercakap, macam2 bermain di fikiran. Baru-baru ni aku ada baca kat blog http://mamakembar3.blogspot.com/  pasal kembar2 dia tak bercakap lagi. Dalam salah satu komen entri tu adalah seorang Child Behavioural Psychologist yang beri pendapat mengenai perkembangan anak2 dia. Dia ada letak email so aku tergerak nak email dan tanya dia pasal addam. Nama dia Fiki dan dia pun ada blog http:// crazy fiki . blogspot .com/ . Aku sertakan email yang aku send kat dia dan juga jawapan yang dia bagi. Jawapan dia agak merungsingkan aku dan aku perlu bawak Addam berjumpa pakar secepat mungkin. -------------------------------------- Hai Dear, I've read ur comment in Mama Kembar 3 blog recently. I have a question to ask. My boy is almost 3 and dia still cant ...

Senang ke nak kurus?

Image
Aku sebenarnya cemburu dengan orang2 yang tak perlu melalui post natal weight yang melampau macam aku. Aku orang yang berbadan petite dan dengan kenaikan berat sebanyak 20 kg sewaktu mengandung ia memberi terlalu banyak kesan. Bila lepas bersalin masih banyak berat yang perlu diturunkan. Ramai yang kata "Tu la kau, masa pantang tak nak pantang betul2. Tak nak pakai bengkung". Untuk soalan itu aku rasa cam nak lempang je kalau siapa yang cakap macam tu. Sebabnya? Dorang tak tau macam mana aku berpantang pastu suka2 je nak kata macam tu kan. Ingat berat 20 kg yang kita gain sepanjang 9 bulan pregnant tu boleh hilang dalam masa 44 hari berpantang?. Tp ada yang berjaya dan aku sangat cemburu dengan kebolehan badan mereka. Sebenarnya..ada kategori ibu-ibu yang tak perlu berusaha keras tetapi berat mereka senang untuk turun selepas bersalin. Orang macam tu aku kata 'gifted'. Aku boleh kategorikan ibu-ibu mengandung ni. 1. Ibu yang tidak naik berat terlalu banyak...

Seharian Di Rumah..

Semalam hari off day aku. It been a while since my last moment resting 24/7 at home. Semalam aku tak keluar rumah langsung dan just hanging around with my boys. Sangat menyenangkan..lama gila aku tak rasa cam tu. Memang seronok sebenarnya kan jadi house wife sepenuh masa. Tapi aku rasa kalau aku diberi peluang jadi suri sepenuh masa maybe leh tahan seminggu je kot..hahahaha.. Sehari aku duk ngan Addam n Rizqy banyak betul benda yang nk menjatuhkan jantung aku. 1. Addam bukak grill tingkap, panjat meja sambil lalalalala.. tengok luar (ini ketegori cuak tahap gaban) 2. Addam duduk belakang adik dia buat jadi kuda. (tak la cuak cuma marah gila) 3 Addam putus kan belon hidrogen dia biar naik kat kipas. Meletup2 bunyi belon plastik angry bird dia. Yang heran tak pecah plak tu. Yang Addam lompat2 suka n paksa adik dia gelak (yg ni aku cuak gila sebab  masa tengah mandi ingat ada orang masuk rumah) 4. Pintu rumah dua kali tiba2 terbukak sendiri dah la aku seksi g...