kisah seorang manusia

Setelah seminggu bband ada kat mama, baru ari ni aku boleh boleh tulis next topik. Sebenarnya banyak topik aku nak tulis tapi aku mulakan yang ini sebab mungkin ia lebih menarik minat aku.

Tahun ini aku berumur 27 tahun. Hmm masih muda jika ingin bercerita mengenai pengalaman. Tetapi bagi yang mngenali aku, terlalu banyak perkara yang telah berlaku dan aku lakukan sblm ini n most of it is wrong. Tp org putih kata past is past. Tp percaya cakap aku, telah banyak kisah yang aku lalui, tempat aku jejaki, rakan yang aku kenali, org yang aku jumpai dan cerita yang aku karangkan. Selama itu aku pelajari banyak perkara mengenai kehidupan. Apbila kita tersesat jalan, sampai bila pun kita pasti akan ingat laluan itu. Kisah ini aku ingin ceritakan sebagai halwa mata sesiapa yang membaca dan juga teladan.

Kenapa harus wujud manusia yang melakukan kesilapan di muka bumi ini. Jawapan aku, sebab tuhan ingin insan lain melihat manusia itu sebagai teladan dan manusia itu pula belajar daripada kesilapannya. Bagi aku, aku lebih rela jadi insan yang mula melakukan kesilapan daripada insan yang kemudian melakukan kesilapan. Aku berasa jelek apabila melihat orang melakukan kesilapan yang sama macam aku. Walhal, satu ketika dahulu nasihat punya la panjang lebar..mengutuk toksah cerita..menjaja apatah lagi..sekarang mana nak letak muka?..

Bukan tujuan nak mengata, tapi hanya luahan hati yang pernah terluka. Aku nak nasihat kepada mereka yang mungkin membaca, jangan sesekali kita memandang rendah pasa insan lain kerana kita tidak tahu masa depan dia dan juga kita. Sebab tu aku tak pernah memilih kawan.Sesiapa sama sahaja. Jangan kita kata dia tak akan berjaya..jangan kita kata dia hina..kerana dia mungkin insan yang akan membantu kita satu hari nanti. Dulu kami bising kat mama sebab selalu membebel..itu tak boleh..ini tak boleh..ayah plak garang macam askar..hahaha..tapi satu kenyataan..mak dan ayah aku mendidik kami dengan baik. Setiap nilai murni diterapkan dan bila dewasa baru aku sedar..wht ive become is from their both hands..Walaupun mereka pernah kecewa, aku tau skang dorang bangga. Tersangat bangga pada kami berempat.

Seorang teman pernah cakap ngan aku yang membuatkan aku terkejut beruk. Dia cakap "tak sangka jay ko skang dah jadi orang". Kalau korang, apa korang akan buat? Kasik pelembang mau bertubi2. Tapi aku terkesima membuatkan aku tak cakap apa aku senyum. Dan orang itu sampai skang aku tak tau di mana penghujung hidup dia. She's doin the same mistake ive done but worst.

Kenapa hidup nak kena berlumba? Nak menunjuk2? perlu ke? Kalau kau ada orang boleh nampak. AKu berdoa pada tuhan supaya jauhi aku daripada kesilapan itu. Kalau betul ada duit..aku nak nasihat ibu dan bapa adalah yang paling pnting. Semai dalam diri jika tak mampu memberi, jangan meminta pula pada mereka. Itu perinsip aku. Dah la tak bagi mak bapak duit, pastu bila tak der duit mintak plak kat dorang. Tak malu ke wei? Mak aku memang semai cam tu. Dulu bingit gak tinga aku mak aku syarah, kalau orng nak g haji suh aku bagi duit aku..(time tu gaji skit mama suh bagi RM10 je kat nenek jawa blakang umah). Tapi betul..memberi itu bagi kita berkat.Tp skang aku sedar benda yang bingit kepala mak kita bebel tu adala benar. So korang yang baca jangan ingat teguran mak tu tak betul.Kalau korang rasa mak korang indah je..maknanya ada somthng wrong. Kalau korang benci mak korang (masa korang kecik) maknanya mak korang jalankan tnggungjwb yang baik. hahaha..aku belajar ni kat Everybody loves Raymond.. mak dia cakap "When your kids hate you, that means u r a got parent" hahahaha

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri