Monday, July 5, 2010

Kisah mata lebam...

Kisah yang aku nak cerita ni memang akan menjadi sejarah dalam hidup aku, hubby n adik aku...sumpah sampai mati akan aku gelakkan..hahahahaha... Cerita dia macam ni..semalam kami bertiga on the way ke kedai dobi aku dengan membawa tangga naik wira. Memang dah macam pekerja kontrak dah sebab aku ngan ayang (adik aku) kena bersempit. Laki aku bawak keta. Nak jadikan cerita ada keta polis Evo ni lalu sebelah kitorng. Dengan peraknya aku ngan ayang memandang sampbil mengutuk.."ala bangga la tu dapat bawak evo polis2 muda ni..lama juga kami sejalan dengan keta polis tu. Agaknya sebab kami terlalu memandang tiga org polis muda ni, dorang tahan keta. Polis tu suh laki aku keluar keta. Di amiknya IC n lesen..Aku tau dah polis2 ni mesti nak poww laki aku ni. Tapi memang kami tak buat salah pun. Aku nampak la laki aku gelak2 ngan polis tu. Aku pun keluar la keta nak dengar apa yang tak kena ngan polis tu. Macam ni dialognya..

Polis: Ko nak g mana ni?
Laki aku: Nak g kedai kat damansara damai.
Polis: Tu sapa dalam keta?
Laki aku: Yang tu wife saya yang belakang tu adik ipar saya.
Polis: Ko ni amik barang ek?
Laki aku: Mana ada bang. Kalau abang nak buat urine test pun saya tak kisah.
Polis: Habis kenapa mata ko macam tu. Semacam je?
Laki aku: Mata saya memang dari kecik macam ni bang. Saya nak buat macam mana.
Polis: Ko ni dah selalu kena macam ni ke? (di tuduh amik barang)
Laki aku: Dah selalu sangat dah bang.
Polis: Ko memang tak leh buat apa ek kat mata ko tu?
Laki aku: Dah macam-macam cara n cream dah saya guna bang. Memang dah leh buat apa..(part ni yang buat aku nak tergolek kat jalan..hahahaha)
Polis: Tak pe la kalau macam tu. Ko paham-paham je la. Kami ni kalau tengok orang mata cam ni memang curiga skit.

Kemudian polis2 tu gelak2 ngan laki saku salam pastu masing2 beredar.

Kisah mata lebam laki aku ni memang dah jadi isu lama dah..Hahahahaha..Masa nak kawin dulu macam2 dia buat nak ilangkan lebam n eye bag tu. Siap mesin mengurut mata (aku dapat free masa cover assignmnt ekonomi) dia cuba. Bila dah kawin ni..macam-macam gak sampai dia naik rimas aku letak timun kat mata dia. Aku beli dia krim mata safi..skang ni dia pakai garnier eye roll on..hahahaha..kawan aku Lina sampai panggil dia panda..kahkahkah..tapi tak sangka pasal mata dia tu dia kena tahan ngan polis sebab ingat isap dahah..hahahahaha. Yang paling aku tak tahan adalah statement dia "Ni lah pertama kali dalam idup i kena tahan polis. Ada ke badan sikit punya tough macam ni dia kata mat pit!" kahkahkah..apa punya perasan laki aku..

Aku ngan adik aku si ayang (yang memang suka gelakkan orang) sampai terguling2 gelakkan dia..Aku citer kat bapak aku dia pun nampak gaya nak gelak dengan kuatnya tapi cam cover skit..Kesian laki aku..hahaha..Tak pe..i tetap syg u walau mata u cam panda...Kahkahkah (gelak sambil guling2 cam tenggiling). Raya nanti i mintak maaf ek sebab gelakkan u..hehehehe

1 comment:

khadijah aminah md yusoff said...

ahahhhahhahahahhaa hina polis tu.. ni semua sbb soia n kak ju ushar dorg lebeh2 ni wkakakaka