Citer mengandung lagi...hahahaha

Mungkin sebab aku pegnant so aku citer pasal orang pegnant je..hehehehehe..kisah2 yang aku tulis ni boleh buat  teladan kepada ibu2, bakal ibu2 atau sesiapa sahaja. Ini kisah pemakaian baju ketika mengandung. Aku ni bukan la orang yang tutup aurat sangat atau alim. Aku pun free hair tapi bila kita dah kawin, dah ada anak, ada  adab yang kita kena jaga. Mungkin apa yang aku tulis kat sini ni untuk diri aku jugak.

Wanita pregnant skrg tak macam org dulu (mak aku la yang cakap). Dulu ada gaun pegnant yang warna semua lasam2 jer..skang ni macam2 fesyen ada..org dah tak pakai dah warna lasam2. Dulu mak aku kata org malu nak tunjuk perut, orang sekarang ni lagi nak tunjuk2...hahaha..aku pun tak paham maksud mak aku. Tapi skrang ni aku tengok ramai org yang refuse untuk beli atau pakai baju pregnant. Kalau aku, aku suka sangat pakai baju pregnant sebab bg aku pregnant itu indah. Ada tu sampai dah nak berbojol-bojol dah.

Aku akui aku ni sedikit konservatif dalam sesetengah hal. Selalu nye mengikut kesesuaian waktu dan masa. Tp memang betul orang kata manusia itu berubah. Banyak benda yang aku suka masa muda dulu sekrang ni aku rasa meluat sangat. Mungkin sebab aku dah tua agaknya..

Ini kisah seorang teman yang aku kenali. Azalinya, dia bukanla seorang yang seksi atau suka mengenakan busana yang menonjolkan dirinya dari segi fesyen atau pun pemilihan warna. (ewah macam penulis fesyen plak aku). Tp semenjak dia meningkat usia dan telah berumah tangga aku rasa makin menjadi2. Itu yang aku tak paham. Kebiasaannya sekiranya seseorang itu meningkat umur dia akan lebih terarah kepada anasir yang lebih sopan. Tapi yang seorang ini berlain pulak aku tengok. Skirt semakin pendek. Elok2 dulu pakai baju berlengan, sekarang dah tak berlengan. Tshirt yang dikenakan pun semakin singkat. Jika pemilihan pakaian seperti itu dikenakan ketika berkasual di luar itu tidak menjadi masalah. Tp bila pakai di opis dah tentu2 jadi buah mulut orang. Aku pun tak paham, ramai plak yang nak jadi tukang komen. hahahaha. (termasuk aku).

Tapi bukan apa..kekadang tu kita yang tengok ni seksa benar. Tambah pulak bila perut yang semakin menonjol, pakai skirt pendek yang hanya beberapa jengkal dari pangkal peha, memang sangat tak sesuai.Baju pula yang dah tak boleh memuatkan perut tu dicuba juga sedaya upaya nak di masukkan perut tu. Tak ke seksa namanya. Satu hari ni aku terserempak dengan dipolan ni memaki jeans..memang tabik la bila dah pegnant 7-8 bulan still boleh pakai jeans low waist tu. Tapi yang mungkin menjadi buat mulut apabila baby t yang dikenakan itu kadang2 menampakkan dua inci daripada bahagian bawah perut dia. Ala2 britney spears. Jika di luar mungkin orang tidak akan memperkatakan, tetapi kat ofis sayang oi..kita ada ramai lagi makcik2 dan pakcik2 yang belum pencen. Memang ada kawan aku kata itu lah style n comel apa, tapi aku nak la nasihatkan, agak2 la nak ikut style pun. Ini pejabat persuratkhabaran melayu. 90 percent pekerja adalah melayu. Apa salahnya kita jaga pemakaian. Memang kita tak boleh tutup mulut orang tapi tak kan kita nak terus jadi mat saleh padahal muka memang telah2 melayu.

Mengenakan baju yang ketat sewaktu mengandung dah jadi trend sekarang ni tapi pastikan la ia tertutup dan tidak terlalu mendedahkan. kekadang kita rasa elok, orang yang pandang rasa tak elok.

Comments

juliaismail said…
hahahha..ko je setia vote aku..hehehehe..thank u..thank u..

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri