Jadilah diri sendiri

Semalam aku menaip tajuk yang sama. Dah habis berkajang2 aku taip dengan ending..Salam..tetoba bila aku click publish..tetiba connection bband out..aduh..hilang semua yang aku tulis. Dengan bengangnya aku tutup laptop tido. So aku mulakan balik..

Kejadian beberapa hari lepas sangat terkesan kepada aku. Somthng happen in our big happy family. Aku tidak pernah menyimpan dendam tetapi apabila aku mengetahui satu perkara, sejujurny aku sangat sakit hati. Orang menilai daripada penampilan luaran untuk menjadi bahan bualan dan kritikan. Tapi selama ini aku tidak pernah amik peduli mengenai apa orang nak cakap pasal aku. Memang ada banyak buruk dari baiknya jika kita berfikiran macam tu. Tapi aku bukan jenis menyembunyi keburukan diri. Aku lebih suka orang tahu diri aku yang sebenar.

Seorang teman pernah memberitahu aku. Julia bukan semua orang boleh terima cara ko dan apa yang ko cerita mengenai diri kau. Tapi wahai kawan, kerana kejujuran aku, aku lebih ramai teman daripada ko. Dari yang alim, bertudung sehinggalah sejahat2 manusia sudi menjadi sahabat aku. Atleast orang tak kan terkejut jika mengetahui tentang diri kau yang sebenar kemudian hari. Aku bukan jenis yang berlagak baik or berbangga dri. Asal kan kita tahu di mana batasannya.

Memang dari dulu tidak ramai menyangka aku akan berada di tahap ini. Masa aku nak interview di syarikat akhbar utama msia, ada saudara yang memberitahu buat apa nak pergi interview bukannya nak dapat pun. Tapi disebabkan keyakinan aku, tahun ini adalah tahun kelima aku berkhidmat. Perlukan seseorang itu dinilai menerusi masa silamnya dan bukan apa yang bakal dihadapi. Orang pernah cakap just look infront, dont ever look back. Jika korang pun pk macam tu maka korang silap. Jika kita selalu pandang ke belakang kita akan tahu apa kesilapan yang pernah kita lakukan supaya tidak diulangi. Jika kita sentiasa lihat kebelakang juga kita akan tahu di mana kita berasa dan tidak akan lupa diri selepas kejayaan dikecapi. Sememangnya apa yang aku miliki ini adalah hasil usaha gigih kedua orang tua ku yang bersabar dengan kerenah remaja ku. Aku tak akan lupakan dan insyaalah aku tidak akan ulangi kesilapan aku. Percaya atau tidak kesilapan itu mengajar kita untuk lebih menjadi matang.

Jangan kita hanya tahu mengkritik kesilapan orang tanpa memikirkan ia mungkin akan terjadi kepada kita atau pun keluarga kita. Mak aku selalu berpesan, sekiranya kita ditimpa musibbah sentiasa bermuhasabah diri. Aku percaya kepada karma. Wht u give, u get back. Adaklala kita di atas dan adakala kita di bawah. Jika kita tersepak batu ucaplah alhamdulillah kerana tuhan beri kita sakit di hujung jari dan bukannya hilang sblh kaki..

Salam

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland