Jangan hidup dalam penafian..
Jangan sesekali kita merasakan bahawa setiap yang terjadi adalah berpunca daripada perbuatan orang yang mungkin berdengki atau iri hati. Pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri, selama kita hidup ada atau tidak sekali terdetik hasat atau rasa ingin berlumba. Jangan kerana kita terlalu ghairah dengan kejayaan duniawi kita melupakan titik-titik kecil dalam moral kehidupan manusia dan yang paling penting kita menyakiti darah daging sendiri. Banyak kejadian yang terjadi di hapadan mata membuatkan aku lebih menyayangi dan menghargai keluarga aku.Betapa pentingnya ikatan tatkala kita dirundung kesusahan. Tetapi jangan disebabkan ikatan, kita mengelak daripada kenyataan dan kebenaran. Walaupun begitu pahit untuk ditelan, kita harus tahu bahawa sepahit-pahit peria, banyak khasiatnya untuk kita. Maknanya, sepahit mata kebenaran itu, ia mungkin akan mendatangkan kebaikan untuk masa hadapan sekiranya kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap satu2 hal.
Setinggi mana kejayaan kamu sebagai manusia, sekali kamu derhaka, pada pandangan aku, kamu telah meletakkan diri pada tangga paling bawah dalam susunan manusia.
Setinggi mana kejayaan kamu sebagai manusia, sekali kamu derhaka, pada pandangan aku, kamu telah meletakkan diri pada tangga paling bawah dalam susunan manusia.
Comments