Anak anugerah tuhan....
Baru-baru ini aku mendengar pengakuan seorang teman yang baru menggugurkan anak ekoran masih tidak bersedia untuk menerima anak kedua. Anak pertama baru mencecah satu tahun dan alasannya dia melahirkan anak pertama melalui pembedahan oleh itu dia tak boleh mengandung dalam masa terdekat. Ceritanya kepada aku, dia telah membaca satu artikel dalam majalah bahawa durasi paling selamat untuk mengandung sekiranya dibedah untuk kelahiran pertama adalah dua tahun.Tapi sejujurnya, aku selalu dengar doc bagi masa setahun paling kurang untuk mengandung jika dibedah. Dan setahu aku tidak pula pernah aku dengar org meninggal kerana terlalu awal mengandung. Mak cik aku mengandung selepas 3 atau 4 bulan selepas kelahiran anak pertama yang lahir melalui pembedahan. Selamat jer..Kawan aku kat opis tu pun hidup je sampai skrg. Mungkin peratus kematian terlalu sedikit. Bagi aku ajal maut tu kat tangan tuhan kan. Kalau tuhan kata kita nak mati tertelan kuih koci pun boleh mati. Kenapa jika tak n...