Octomun berjaya kurangkan 64kg!! (10 stone)

Kisah mengenai ibu yang bersalin dengan kembar lapan, Nadya Suleman, sememangnya menimbulkan kemarahan masyarakat dunia kerana terlalu obses untuk mempunyai anak yang ramai tanpa memikirkan kebajikan dan juga kehidupan sosial anak-anaknya.

Nadia yang tidak pernah mempunyai suami telah melahirkan 14 orang anak menerusi sperma yang didermakan orang lain dikatakan cuba mencari publisiti murahan dengan hobinya untuk memiliki lebih ramai anak.

Namun, dalam ketaksuban yang aku pun rasa tak munasabah, aku tabik spring dengan semangat dia untuk mendapatkan kembali bentuk badannya. Banyangkan daripada mempunyai berat 121 kilogram ketika mengandung kini dia kembali kepada bentuk asal malah lebih baik daripada sebelumnya.

Menurut Nadia dia tidak percaya kepada diet. Dia hanya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil 15 portions sayuran dan buah2an setiap hari.

Dia mengakui bahawa mula membuat sit up selepas dua minggu bersalin (yang ni aku rasa tak munasabah. Sebab aku pun cser. Mustahil kot nak buat sit up) dan merupakan seorang yang gemar kepada aktiviti kesihatan. Dia akan ke gym tiga kali seminggu untuk sesi senaman dua jam setiap kali ada ahli keluarga atau rakan2 yang boleh menjaga anak2nya.
Katanya dia belari 40 batu seminggu namun dia memberitahu, segala usahanya itu bukan untuk mendapat perhatian lelaki tetapi adalah untuk kecerdasan diri. Betul ke?

Apa2 pun ni gambar dia sebelum dan selepas








Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri