Nurul Huda memohon Bantuan

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

GOMBAK - Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk me ngalami nasib malang apabila matanya kini buta.

Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad,28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008.

Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk.

“Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan,” ujarnya kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama.

“Tidak puas hati dengan alasan gigitan nyamuk yang diberi doktor di Hospital Selayang saya kemudian membawa anak saya ke sebuah klinik di Selayang dua hari kemudian dan doktor di klinik itu mengesahkan bahawa ia bisul dan memberi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk mem buat pembedahan membuang nanah,” ujarnya.

Menurut Nurul Huda, ketika itu, mata anaknya sudah tersembul keluar dan keadaan di sekeliling mata anaknya juga membengkak.

Pada hari yang sama iaitu pada 14 Mac dia membawa anaknya ke Hospital Selayang bersama surat rujukan na mun, malangnya setiba di hospital tersebut, anaknya tidak diberi sebarang rawatan atau ubat tetapi hanya ditahan selama enam hari di wad.

“Ekoran tidak puas hati dengan rawatan yang diberikan saya membawanya ke Hospital Sungai Buloh pula pada 21 Mac.

“Di hospital tersebut, imbasan dilakukan dan doktor mendapati bisul itu telah merosakkan mata anak saya dan nanah telah memasuki bebola mata,” katanya.

Di Hospital Sungai Buloh, Nur Natashah diberikan 10 jenis antibiotik untuk mengecutkan bengkak pada matanya.

Namun, selepas dua bulan berada di hospital itu, doktor mengesahkan salah satu urat di kepalanya telah bengkak dan hampir pecah dan dirujuk pula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 16 Mei 2008 untuk pembedahan segera kerana Hospital Sungai Buloh kekurangan pakar saraf.

Dia dibedah pada 20 Mei 2008 tetapi matanya sudah tidak dapat diselamatkan dan mata kanan Nur Natashah buta.

Bagaimanapun, Nurul Huda memberitahu, mata anaknya hanya boleh melihat semula jika ada penderma mata untuk menggantikan matanya yang rosak itu dan kos pembedahan untuk tujuan tersebut dianggarkan mencecah RM80,000.

Dia kemudiannya merayu bantuan orang ramai bagi membolehkan anaknya itu menjalani pembedahan dengan menyalurkan sumbangan ke akaun BSN, Nurul Huda ber nombor 1411629000096121 atau hubungi 012-3151226.




Kepada rakan-rakan sekolah mahupun sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi beliau terus atau masukkan ke dalam akaun yang tertera

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri