Friday, January 20, 2012

Blog mama pengubat Rindu..

Hari ni aku baca blog mama aku teratak-mama.blogspot.com. Dapat la tengok gambar anak2 aku and keletah dorang..

Hari ni aku tak bekerja tapi sebab bosan kat umah aku lepak je opis sebab tak tau nak buat apa. Ada few pictures aku nak kongsi kat sini.. Ada yang aku amik dari blog mama..

Gaya Addam ngan gitar barunya.. Memang minat muzik sungguh anak aku sorang ni

Sebelum ni husband aku beli gitar kat giant harga RM30. Sebab kan addam ni pemain gitak hardcore,,hahaha kejap je gitar tu patah. G cari balik dah tak der jual dah. Penat satu KL aku cari. Last2 aku jumpa kat Kelantan jual RM15 je. Separuh tu harga dia..

Addam suka semua jenis alat muzik. Kecenderungan dia meniru gaya ahli muzik mengatasi gaya2 lain. Disebabkan satu hari aku tengok dia sebut two, four, five...pastu ketuk kepala adik dia macam drum..aku pun beli set drum ni kat kedai mainan luar Giant Kelana Jaya. Harga RM79 je..kalau beli kat toy r'us mau ratus2 harga dia

Mungkin adam ni ikut aku kot suka muzik and kesenian.. Tak pe la..ni la cara adam ekspresikan diri dia. Mummy ngan babah ikutkan aja..Lepas ni ko jangan p ketuk TV mamatok ko plak ek.. Yang samsung 42 inch yang ko bagi pecah dulu pun mummy tak ganti-ganti lagi..

Gitar mummy dah beli, drum pun mummy dah beli.. tang gaya ko tiru orang main piano tu..nanti-nanti la mummy tunaikan ye..hehehe..kopak skit dah ni.. Besar nanti mummy antar g class muzik ek..

No comments: