Saturday, January 21, 2012

Senario di Kelantan

Seminggu aku ada di Kelatan macam2 aku belajar..Banyak sangat benda baru bagi aku. Mungkin sepanjang hidup aku, aku dikelilingi oleh kemodenan dan tinggal di dalam hiruk pikuk kota. Kat sini semua tenang. Jalan nak pergi kerja pun tak jem sangat. Jauh dari konteks Kelantan tak sama dengan jauh bagi konteks Kuala Lumpur. Rumah sewa yang aku tinggal, orang sini kata .." ok la tak la dekat sangat" Tapi bagi aku pergi kerja dan balik kerja macam tersangat la dekat. Maklum la dulu aku ulang alik dari damansara damai - selayang - sg besi - selayang - damansara damai, setiap hari.

Rutin

Semalam dengan hari ni adalah hari aku off tapi aku tetap datang opis. Tak buat apa pun datang surf internet je. Hidup aku di Kuala Lumpur sangat hectic. Aku tak pernah duduk diam. Dengan urusan kerja la, anak la kedai dobi la..aku tak pernah duduk diam kecuali waktu tidur yang kebiasaannya selepas pukul 12 malam. Kat sini semua rutin tu dah tak ada. Balik kerja pukul 7, 7.30 mlm aku dah tercongok kat dalam bilik tak tau buat apa. Aku bukan jenis tengok TV. Tak tau la macam mana aku nak harungi waktu2 depan ni. Nak bersukan atau lepak dengan siapa je pun.

Makanan

Semua orang tanya aku pasal makanan sama ada aku dah boleh biasakan atau tidak. Selama aku dok sini aku makan kat hotel (sebab duk hotel 4 hari) ngan kopitiam sebab senang kopitiam bawah opis je. So far ok la makanan dia cuma minuman dia terlalu manis aku tak boleh minum. So tuk selamat aku order air kosong je. Kalau aku makan makanan berlauk pun aku amik ayam goreng je atau ikan goreng so tak ada la istilah kuah kari manis..

Tugas Sbg Wartawan di Kelantan

Menjalankan tuga sebagai wartawan di State Kelantan, so far aku suka. Lain sangat jadi wartawan di KL. Walau baru seminggu aku dah suka situasi di sini. Aku g cover kes kat Balai, semua tuan2 kat balai tu beri perhatian kat aku sebab aku baru. Maknanya semua mengalu-alukan kedatangan aku. Ye la reporter kat Kelantan ni tak la ramai sangat so dorang kenal semua reporter. Bila nampak lain sikit mula la dorang bertanya.." eh siapa tu".. tang tu aku suka..hehehehe. Walau baru seminggu, HP aku selalu berdering. Seronok plak aku. Contoh macam hari tu ada kes bunuh ngan eksiden. Berdering2 phn bunyi kawan2 reporter dan fotographer tanya tau tak pasal kes tu. So tanya la siapa yang pergi..seronok plak aku rasa. Kat state sini semua reporter baik antara satu sama lain. Ye la satu publication ada dua tiga je reporter so kenal la ngan semua orang. Tambah seronok lagi, reporter BH ngan Metro tu dua2 aku kenal sebab sama2 masa join jadi reporter kat KL dulu.

Pelik

Masa sampai sini dorang pesan kat aku, kes2 kat kelantan ni pelik2 skit. Apa yang kita tak sangka terjadi akan terjadi kat Kelantan. Contoh la ari tu ada kes eksiden. Mula2 ingat dia mati kena langgar, rupanya dia mati sebab kena pukul. Pastu satu lagi kes, pakcik tua ni kurung gadis indonesia dan jadikan dia hamba seks selama 6 bulan..pastu bekas isteri kedua upah budak sekolah simbah asid kat bekas suami..scary kan...

Changes

Dan yang peling penting.. perubahan aku... hehehehehe.. Bukan terpaksa ya..tapi rela..


7 comments:

Fatin Mraz said...

kat kelate memey keno paka tudung..

nway, manih jaa..

hows ur kid?

nuttyNAD said...

wahhhhhhh,ALHAMDULILLAH ^_^

MuhammadSidqi said...

selamat datang ke kelantan akak :) opis kosmo ktne eh? btw seronok la baca tips2 herba akak, hebat!

juliaismail said...

Hai..dah setahun dah kat Kelantan ni..Pejabat Kosmo sekali ngan Pejabat Utusan kat jalan Che Su depan crystal lounge

juliaismail said...

Hai..dah setahun dah kat Kelantan ni..Pejabat Kosmo sekali ngan Pejabat Utusan kat jalan Che Su depan crystal lounge

juliaismail said...

Hai..dah setahun dah kat Kelantan ni..Pejabat Kosmo sekali ngan Pejabat Utusan kat jalan Che Su depan crystal lounge

MuhammadSidqi said...

ohh tau tau.. semoga enjoy di Kelantan ya akak :)