Tuesday, January 3, 2012

Berangan la ko anak oi!!

Hari ni dah 3 Hb pun. Ni menjadi entri pertama aku tuk tahun baru. Maklum la aku dah start cuti panjang sebelum pindah so aku banyak habiskan masa spen ngan anak2 n husband. Hari ni aku nak cerita pasal kisah anak aku yang sulong, Si Addam ni.

Lagi 4 bulan Addam akan masuk 3 tahun tapi dia still tak boleh cakap. Perkataan yang dia boleh cakap terlalu sedikit aku rasa tak lebih 15 perkataan pun dia boleh sebut. And dia still tak boleh pronounce full sentence.

Semalam aku keluarkan beberapa keping duit kertas RM50. Aku kibarkan depan dia sambil sebut "Money"..Dengan harapan dia akan ikut apa aku cakap. Berkali2 aku tunjukkan dia, tak ada response pun. Aku dah nak naik antu dah sebab dia buat dek je.

 Pastu tiba2 dia tunjuk kat duit tuk dia cakap "Uyah"
AKu pun cakap la mana ada uyah nye..uyah kat Selayang.
Uyah tu panggilan adam tuk atuk dia. Patutnya dia sebut Tok Ayah tapi itu je yang keluar dari mulut dia.
Berkali2 dia tunjuk gambar kat duit tu dia sebut Uyah.
Baru aku paham yang dia kata gambar kat duit tu Tok Ayah dia..

Hadoi la anak ku..
Verangan la ko..
Kalau la Tok Ayah ko betul dalam gambar tu..
Mumy tak payah dah ke hulu ke hilir cari berita..

No comments: