Posts

Showing posts from July, 2012

Jala Emas dn Buah Tanjung

Image
Dua kuih ni aku tak pernah makan sebelum ni..tapi tahun ni aku berpuasa di Kelantan..dan dua kuih ini telah buat aku gila..memang la rasanya sangat2 manis tapi aku suka..boleh kata tiap2 hari aku nak ada kuih ni..tapi aku slalu beli jala emas..rasa dua kuih ni sama je..bagi org KL cam aku..jakun skit makan kuih ni sebab kt KL aku tak pernah jumpa

Pesta Nenas..erk!!

Image
Hari tu aku cerita pengalaman aku di lokasi pembunuhan..semalam aku lalui pengalaman yang boleh similar la. Semalam ada satu kemalangan ngeri berlaku di jalan P.Mas-R.Panjang. Kat situ memang kerap berlaku kemalangan. Kisah kemalangan semalam agak menyedihkan. Lori yang membawa muatan tanah bijih terbabas lalu melanggar seorang makcik yang menjual nenas di tepi jalan. Lori tu terbabas terus masuk dalam parit. Makcik tu terperosok bawah lori dan dikatakan mati di tempat kejadian dengan pelbagai kecederaan serius. Aku sampai lambat ke tempat kejadian sebab jauh kan Kota Bharu dengan R. Panjang. Masa tu mayat dah pun diangkat Tapi masa aku tiba di tempat kejadian aku tengok ramai orang kerumun gerai makcik tu yang dah roboh. Aku ingat dorang kerumun apa..rupanya masing-masing mengutip baki jualan arwah yang bertaburan di tepi jalan. Ada yang amik nenas, limau bali, gula asam, kuah cicah..macam-macam la..ada yang lalu tepi jalan pun sanggup berenti sebab nak amik buah-...

Aneroxia dan Bumilia

Image
Hari tu aku ada janjikan mahu menulis seba sedikit mengenai Aneroxia Nervosa dan juga Bumilia..tapi rakan blog di blog Satu Persinggahan dah terlebih dahulu memasukkan entri..so aku amik jalan pintas linkkan entri aku ni ke blog dia..hehehehe.. thanks Inain sebab kongsikan info.. Baca di sini   Tapi aku tulislah sikit dari segi pandangan aku secara general..Aneroxia adalah penyakit psikologi yang menyebabkan seseorang itu takut kepada kegemukan dan akan berusaha untuk menurunkan berat badan tanpa menyedari berat mereka telah terlalu ringan. Mereka menolak sebarang makanan. Mereka akan merasa gelisah setiap kali mahu mengambil sebarang makanan dan akan mengurangkan jumlah pengambilan kalori setiap hari.. Bulimia pula boleh dikatakan adik beradik kembar kepada aneroxia. Penghidap bulimia adalah penghidap aneroxia tetapi penghidap aneroxia tidak semestinya penghidap bulimia. Penghidap Bulimia mempunyai obsesi untuk menurunkan berat tetapi tidak boleh menolak ma...

Ur not perfect to others, but ur perfect to me...

Image
 Hari ni adalah hari pertama aku berpuasa di Kelantan..few days ago aku tak berapa sihat and been under my blanket all day..pagi semalam aku bangun tido dalam pukul 7.30 pagi, aku capai phn..aku masej dari husband aku..mesej tu dia hantar dalam pukul 1.40 pgi.. Mesej dia berbunyi " I OTW Kelantan dengan Aqem n Epa (our bestie)"  Aku pun terus dail phn call dia..Dia kata dah sampai kat R.Panjang. Walaupun dia plan last minute ngan kawan2 dia nak datang Kelantan, buat for me..its sweet..Last nite we had our 1st sahur for this year..sepatutnya tengahhari ni nak balik, but they decided nak bukak puasa dengan aku di Kelantan.. There we go..my first year puasa di negeri orang wasnt that bad at all..My husband came to have sahur and break fast with me..syukur...Love u syg..appreciate it so much..   Husband i yang kiri skali ye..bkn yang bju hijau tu  Aku sgt suka lolipop ni. Masa pegnant dulu banyak kali aku beli.. semalam dia b...

Pro-anorexia page make me sick!!

Disebabkan aku masukkan entri pasal anorexia, aku pun search la internet skit dan do some blog walking..tetiba aku bump dengan satu site ni http://www.skinnygossip.com/  .. Dalam blog ni banyak menceritakan mengenai isu-isu yang menarik perhatian golongan-golongan yang terlalu obses dengan badan yang kurus..They encouraging each other how to skip meals..how to get beautiful 'gap' betweet their legs..ohh..god..it make me sick!! Setiap tahun ramai orang yang mati sebab terdorong dengan page2 seperti ini yang membawa kepada penyakit psikologi anorexia. Semakin aku membaca blog tu i felt pity for girls like them..Membaca komen2 mereka membuatkan aku terfikir there is somethng wrong with this world..It worst then overweight problem.. Ada banyak story about girls who died from anorexia..aku bagi link je la..malas nak copy n translate Anorexia websites helped drive a 13-year-old to suicide Died after 16 year anorexia battle Dalam skinny gossip banyak entri mengutuk model-mo...

Kurus itu cantik??

Image
Ramai beranggapan untuk kelihataan cantik seseorang itu mesti kurus. Denifisi utama kecantikan adalah kurus. Adakah ia benar? Adakah seseorang itu akan kelihatan cantik apabila dia kurus? Perkataan 'kurus' itu bagi aku kadang-kadang memusnahkan sesetengah individu. Some girls now days terlalu obses untuk kelihatan cantik dan menganggap 'kurus' itu cantik sehingga mengakibatkan mereka terlalu terjerumus dalam penyakit yang aku rasa tidak munasabah. Aku adalah individu yang menggalakkan mereka yang obess menurunkan berat badan, dan mempromosikan healthy diet and healthy lifestyle, menggalakkan ibu-ibu muda menjaga badan dan sebagainya. But i hate the word 'kurus'. Why? Bagi aku perkataan 'kurus' memberi impak yang sangat kuat kepada kedua-dua golongan sama ada yang overweight atau yang underweight. Bagi mereka yang obes, perkataan kurus membuatkan mereka menjadi lebih tertekan dengan keadaan diri sendiri. Bagi mereka yang underweight, de...

Maryam Medina...Seindah nama..

Image
Sepatutnya aku dah post lama dah entri ni..budak ni pun dah dekat sebulan dah pun umur dia..hahahaha Ini la Maryam Medina..anak kakak aku yang 2nd..Anak pertama dia pun girl jugak..Qaseh Qaisara..Kiranya aku ada dua boy dia plak ada dua girl.. Seronok dapat pegang baby

Rampasan Arak di Kg Cina

Image
Semalam Majlis Perbandaran Kota Bharu buat serbuan di beberapa rumah di Kampung Cina. Hasil rampasan adalah arak-arak Malaysia dan juga arak-arak dari Thailand. Ini merupakan operasi bersepadu antara MPKB, Polis, Jabatan Agama Islam dan Kastam. Aku sebelum ni memang parnah bau arak tapi aku tak pernah bau tuak masam. Semalam, tak sangka premis tersebut merupakan kilang membuat tuak masam . Bau dia busuk sampai pening kepala..tak dapat nak bayangkan bau dia macam mana.. Mengikut pegawai MPKB, kali ini merupakan rampasan yang terbesar kerana hasil rampasan penuh dua tak dan juga satu 4wd.. Rupa2nya sederet rumah2 kat situ semuanya jual arak and buat sendiri tuak..Lima buah rumah ke semuanya.. Aku sertakan gambar2 yang aku amik pakai phone aku untuk tatapan semua.. Sebungkus harganya RM3 Ni la rupanya tuak..busuk gila Sederet rumah kat pintu gerbang ni kena serbu Ni sebahagian dari arak yang dirampas Ta..da...hahahaha

Pakaian dalam antik...

Image
Jangan ingat orang dulu-dulu tak pakai bra..gambar ini membuktikan bra atau coli telah mula dipakai sejak kurun ke 15 lagi. Pakaian dalam ini dijumpai dalam sebuat peti yang tersembunyi di bawah lantai sebuah sebuah istana lama  Lengberg Castle in East Tyrol, Austria yang dibina pada 1480. Gambar-gambar ni just untuk halwa mata sahaja..

Penyejuk mata..Just untuk tatapan..

Image
Mummy n Abg Addam Adik pakai spek Tok Cik Pakai spek babah Adik dah besar dah..mmy rindu Addam, Rizqy and cousin Qaseh..Marym xleh join.kecik lagi..hehehe Asyik citer pasal orang lain je..meh aku nak letak gambar anak2 aku...lama rasanya tak tulis pasal dorang ni..dah besar dah pun mereka ni..Muhammad Addam Al-Arash, 3 dan Muhammad Addam Al-Rizqy,1 Sian budak2 ni kena tinggal ngan mmy dia..tak pe la anak2 sekalian..mmy g cari rezeki..mmy keje tiga minggu, seminggu mmy cuti balik KL..Yang paling kesian, dorang adik beradik kena pisah sebab Mamatok punya orang gaji dah tak der..so si abg dok ngan Tok Ayah n Mama Tok kat selayang, adik dok ngan Wan n Atuk kat Kelana Jaya. Susah kalau nak jaga dua-dua..nak buat cam mana kan.. Tapi bila dah berpisah ni..maka berbeza lah karektor mereka berdua..Si abang cakap bahasa Inggeris manakala di Adik cakap bahasa Melayu..Sedih plak bila aku balik tengok ada perbezaan gitu..Tapi yang penting, dorang tak lup...

Sungai Golok...

Image
   Semalam aku dikejutkan awal2 pagi kerana assigment lemas di Rantau Pajang..Jadi aku bangun dan drive sorang2 ke sana. Teringin juga aku nak tengok operasi mencari mangsa lemas sebab aku tak pernah tengok sebelum ni. Tapi, aku malang skit la sebab masa aku sampai tu mayat dah jumpa n dah bawak naik tebing. Dah letak dlam plastik itam pun,,sedih aku tak dapat tengok.. Ni la Sungai Golok yang memisahkan sempadan Kelantan dan Thailand Mangsa ni orang cina umur 44 tahun. Dia terjatuh masa nak melangkah dari sampan ke atas pelantar kayu tu..Masa tu beru lepas ujan so licin..dia terjatuh. Dia ni kerap g golok nak berhibur bleh kata dua kali seminggu. Kali ni dia g ngan dua kawan dia. Yang herannya, kenapa masa dia jatuh kawan dia n orang sampan tu tak tolong..hmm entah la mayb gelak kot.. Dia jatuh kul 12 malam tapi jumpa 10.40 pagi esoknya. Kalau kita tengok kelebaran Sungai Golok ni tak la besar sangat..tak sampai seminit naik bot da...

Pemilik Payudara Terbesar Dunia upah pengawal peribadi

Image
Memiliki payudara yang besar adalah idaman setiap gadis dan wanita sebagai tarikan kepada bentuk tubuh badan. Namun, bagaimana pula sekiranya saiz payudara tersebut mencecah saiz 102ZZZ? Bagi Annie Hawkins-Turner, 53 yang berasal dari Atlanta, Georgia yang merupakan pemegang rekod payudara terbesar Guiness Book of Record terpaksa mengupah pengawal peribadi bagi mengelakan dirinya diganggu ekoran aset yang dimilikinya. "Tak ada sesiapa menyerupai saya. Saya merupakan satu dalam sejuta. Saya terpaksa mengupah pengawal peribadi bagi mengelakkan diri daripada mereka yang sentiasa mengejar saya," katanya. Annie yang memiliki payudara seberat 50 kg itu tidak pernah berhasrat untuk menjalani pembedahan bagi mengecilkan payudaranya itu. " Buat apa membetulkan sesuatu yang tidak rosak" katanya. Anne mengidap gigantomastia, yang yang menyebabkan pertumbuhan progresif pada tidu payudara. Beliau yang mendapat populariti kerana saiz payudara yang luar...

Petua Si Bidan Muda

Image
Minggu lepas aku balik KL seminggu tuk jenguk anak-anak aku dan juga my sis new born baby girl Maryam Medina. Aku berpeluang jumpa tukang urut moden yang mengurut kakak aku. Umur dia baru 30 tahun..Tapi tengok cara dia, bukan calang2 la..she knows what shes doin.. Dia ada FB..kalau nak mentak khidmat dia mengurut boleh search Siti Aishah Confinement.. Dia ada bagi petua kat kakak aku..Katanya dia amalkan petua tu sampai sekarang. Dia kata pompuan tak boleh mandi lebih dari pukul tujuh malam. Kalau rasa belengas sangat pun cukupla sekadar mengelap badan tu. Kata dia..kalau dah lap2 badan tu..sapu bedak..wangi jugak..hehehehe Dia kata amalan tu bagi mengelakkan bahagian sulit kita tu berair. Wallahuallam..tap tak salah kalau kita juga amalkan betul tak? Siti Aishah ni dah ada anak dua tapi badan dia cantik..dia mewarisi ilmu kebidanan ni dari nenek dan jugak emak dia. Menarikkan..tak sangka ada orang semuda itu nak meneruskan tradisi kita orang Melayu..Lagi menarik, laki dia...

Hilang 44 kg (7 stone) kerana seks marathon!!

Image
Mungkin agak pelik kalau kita membaca tajuk di atas namun itulah kenyataan yang dialami oleh wanita paling berat di dunia Pauline Potter berjaya menurunkan berat sebanyak 44 kg dalam masa tujuh bulan hanya dengan melakukan hubungan kelamin dengan suaminya. Pauline, 47, yang sebelum ini telah bercerai dengan suaminya Alex yang mempunyai berat 70 kg berkahwin semula selepas Alex mendapat tahu Pauline telah mendapat mengiktirafan dari Guinness World Record dengan alasan penambahan berat badan bekas isterinya itu membuatkan Pauline menjadi lebih menarik. Pauline pernah yang mempunyai berat 330 kg dan dinobatkan sebagai wanita paling berat di dunia oleh Guinness World Record kini berjaya menurunkan berat kepada 292 kg. Beliau mendakwa seks marathon yang kadang kala mencecah tujuh kali dalam dalam satu hari telah mmenyebabkan dia berjaya menurunkan berat badan. Walaupun dia mendakwa tidak boleh banyak bergerak di atas katil, tetapi dia telah membakar lebih kurang 50...

Anggarkan kalori masuk dan keluar untuk turunkan berat badan

Untuk menurunkan berat badan anda, apa yang paling penting adalah mengawal segala keperluan badan and we need to do some math. Kira keperluan kalori badan, kira pengambilan kalori bdan dan kira anggaran defisit kalori. Ari ini kita berlajar matematik!!!  Basal Metabolic Rate (BMR). Mula-mula kita kira yang paling asas iaitu Basal Metabolic Rate (BMR). Bagi mereka yang tidak tahu BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita hidup. Jumlah BMR setiap individu adalah berbeza bergantung kepada berat, tinggi dan umur. Sifirnya begini.... BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 X tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun) BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun) Paling mudah aku kirakan BMR aku supaya anda semua lebih faham pengiraannya. Berat aku 44kg, tinggi 147cm dan umur 29. Hasilnya  : 655 + (9.6 X 44) + (1.8 X 147) - (4.7 X 29)       ...

Adakah fat burner berkesan?

Image
Bagi mereka yang kerap mengunjungi gym terdapat dua produk yang amat popular menjadi perbincangan iaitu produk mass protein untuk build up mucles/gain weight dan juga fat burner untuk kurangkan berat. Ramai antara mereka terutamanya wanita selalu tanya aku mengenai penggunaan fat burner untuk menurukan berat. Sejujurnya aku tidak berapa menggalakkan bukan apa..aku tak mahu mereka fikir ada jalan pintas untuk kurus tanpa bersenam. Sama dengan pengambilan protien, kalau mereka tak angkat weight dan hanya minum susu anda tidak akan dapat hasil berketul2 yang anda ingini. Sama juga dengan pengambilan fat burner tanpa bersenam atau berdiet, ia tidak akan memberi kesan pada angka penimbang anda. Aku lebih menggalakkan sekiranya mereka menetapkan goal untuk kurus, dan gigih mengikuti jadual bersenam dan diet sebetulnya. Sekiranya mereka sudah disiplin dengan diet dan excercise tak salah sekiranya mereka mengambil sesuatu untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Apa tu fat...

Kunyit untuk kurus...

Image
Mengamalkan pengambilan kunyit seperti amalan nenek moyang adalah sangat baik. Kunyit banyak memberi manfaat terutama kepada wanita. Bukan sahaja baik untuk kulit, kunyit juga memberi kebaikan kepada kesihatan rahim wanita. Bukan itu sahaja, ia membantu juga kepada mereka yang ingin berdiet dan membantu mengurangkan berat badan. Khasiat dan kebaikan kunyit terbongkar dapat membantu dalam menurunkan berat apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak. Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus. Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin. “Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, pros...