Aku Bingung.. (1st attempt tulis poem dalam blog)

Aku duduk di atas bangku mata terpaku
Telinga ku bingit dengan alunan keras
Indah alunannya namun awan hitam yang ku terbayang
Sandar kepala ke dinding tangan menongkat dagu.
Aku bingung.

Berusaha benar dia menghiburkan
Namun ku masih dungu
Mendamba sesuatu yang tak mungkin
Walaupun sudah nyata ia milikku
Aku resah.

Di luar sudah gelap
Mahu pulang atau tidak aku tak pasti
Namun tiada yang menunggu, tiada yang menghirau
Terus saja mata terpaku mendengar indah muziknya
Aku biarkan saja.

Terfikir kenapa aku
Terfikir kenapa dia
Kau tak layak untuk keberkatan ini
Permainan ini hanya yang mahir juaranya
Aku teruskan saja.

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri