Wednesday, May 11, 2011

Berat Badan...aish...

Aku punya berat badan dah statik. Walaupun berat aku skang dalam 45-47kg ramai kata mana berat sangat. Tp memandangkan aku ni pendek juat 147cm je berat tu dah berlebih buat aku. Serius, bila masuk keje dengan berat lebih, isi terkeluar sana-sini dengan teguran orang kata aku gemuk semua tu buat aku lagi stress. Padahal benda tu normal bagi semua org yang baru lepas bersalin tp ada jugak yang bersalin2 je trus kurus. Tu anugerah tuhan kat korang. Tapi jangan la gunakan badan korang yang kurus tu nak perlecah org yang berisi cam aku ni. Kekadang tanpa kita sedar kita dah buat org kecik ati.

Jika masa adam tu aku banyak masa tuk bersenam. Kali ni aku agak busy dengan urusan anak, kedai dan jugak keje. Sepanjang sebulan aku baru start keje ni aku baru berkesempatan jogging 3 kali je. Berat still tak turun-turun. Aku dah macam desperate nak kurus sampai dah jadi satu macam tekanan plak.

Aku pun heran kenapa aku stres sangat ngan bentuk badan aku padahal aku tak la kategori gemok ke apa ke cuma chubby je. Aku tak tau macam mana nak hilangkan stress aku ni. Ok je sebenarnya kalau aku mantain ke atau kurangkan skit je buncit kat perut aku tu tp entahla. Sebenarnya ini la perasaan setiap ibu2 yang telah bertambah berat badan sbb pregnant. Stress memuncak bila setiap kali mandi n termenung depan almari tak tau nak pakai baju apa.

Mungkin yang menambahkan stress aku, sebelum aku kawin selama 25 tahun aku tak pernah naik berat badan. Even masa aku join program Sukan Komenwel tuk tahun 1998 tuk acara Gimrama dulu, coach dari bulgaria tu cakap dia pilih aku sebab badan aku tak kan gemuk. Memang betul la cakap dia. Sampai aku nak kawin berat aku 38kg je. Time tu aku sampai berusaha gila2 nak naikkan berat sampai 40kg.

Aku dulu memang seorang yang sangat menjaga badan. Maybe sebab aku join sport yang memerlukan aku jaga badan n tak leh naik sikit pun. Tapi bla aku kawin and mengandung aku naik 20 kg. Susah gila aku nak turunkan balik. Aku kira setiap kalori yang aku makan, aku kira setiap kalori yang aku bakar. Gila kan. Bila dapat turunkan aku pregnant kedua plak. Kali ni menambahkan lagi stress aku n aku rasa kerisauan aku ni bertambah teruk. Aku takut ia akan menjejaskan aku tp aku tak tau macam mana nak kurangkan.

Skang ni aku diet balik. Dah tiga hari aku tak makan nasi. Ramai org marah kan aku sebab aku diet n menyusu. Ramai org tak setuju aku diet n komen kat FB aku. Sebenarnya, kalau korang baca la blog aku, tak semestinya diet aku tak akan sihat. Aku tak makan nasi tak bermakna aku starve kan diri aku. Aku pun tau aku menyusu anak aku. Aku tak akan memperbodohkan diri. I've learn alot dari internet dan tengok rancangan kesihatan macam mana nak kurus dengan sihat. Apa yang perlu makan n apa yang tak perlu makan. Dun worry friend, aku ada background sport yang sangat kuat. Aku tau makanan apa yang buat tambah tenaga and stuff. And what kind workout to lose weight mengikut bahagian yang kita nak cuma skang ni aku tak de masa nak workout sangat. Aku tak amik mudah dalam hal menguruskan badan ni. Aku pastikan aku buat dengan cara yang betul n tak akan memudaratkan aku.

Cuma aku risau ni aku terlalu obses nak kurus. Aku takut ia akan menganggu emosi aku secara tidak langsung...



2 comments:

khadijah aminah md yusoff said...

haah la kak takot nnt stress kan... jd sakit plak.. sy pon risau gak saya punya perot pergh lom beranak da lemak2 da beranak tatau la nk jd ape.. hahahahaa... ape2 pon biar la org nk ckp ape.. janji akk da usaha kan.. dorg tu mmg suke mengata je dia bukan tau masalah org lain

Blogger said...

New Diet Taps into Revolutionary Concept to Help Dieters Lose 23 Pounds within Just 21 Days!