Sunday, May 29, 2011

Duri

Duri tajam
Duri melukakan
Pada batang pokok
Gagah berdiri
Harus dielakkan.

Aku bertanya
Kenapa perlu kau di situ
Kenapa harus melukakan
Kenapa harus merosakkan keindahan.

Jawab si duri,
Aku di sini untuk melindungi
Si bunga lemah supaya menjadi lebih gagah
Biar matang bersama duri
Baru keindahan lebih bermakna.

Aku mengerti,
Duri itu erti kehidupan
Duri itu erti kematangan
Duri itu satu kemestian
Duri itu mukadimah kejayaan.

No comments: