Tabah si ibu mendukung bayi OKU

Baru-baru ini, ketika aku sedang beli barang kat Tesco Kota Bharu, aku terserempak dengan seorang wanita yang sedang mendukung baby dia. Aku rasa baby dia dalam lingkungan 3-5 bulan. Kecik je baby dia. Masa nak timbang sayur, dia berdiri sebelah aku. Aku perasan anak dia lain skit daripada baby-baby lain. Kiranya kategori OKU la.. Rupa paras dan fizikal dia memang lain sangat. Rasanya tak perlulah aku ceritakan ek macam mana.

Walaupun aku tau, aku tak sepatutnya memandang tajam anak dia, tapi i really cant help my self form starring. Dalam fikiran aku, tabah nya kamu wahai ibu untuk memangku anak sebegitu di hadapan orang ramai dan perlu berhadapan dengan pandangan2 sinis masyarakat sekeliling. Apalah perasaan dia bila aku pandang macam tu..Aku terkejut sebenarnya..Aku nak mintak maaf sangat2 kat si ibu tu, tak berniat langsung aku nak pandang begitu sebenarnya..

Bagi aku, si ibu yang mempunyai anak OKU sangat tabah. Untuk membesarkan anaknya di samping pandangan dan pertanyaan masyarakat, sangat sukar. Rasa rendah diri kerana melahirkan bayi sebegitu selain dipersalahkan oleh pasangan atau keluarga. (kebiasaannya).

Ramai antara ibu bapa yang mempunyai anak-anak seperti ini jarang hendak membawa keluar anak-anak mereka di depan khalayak kerana takut malu, tp bagi ibu muda yang aku jumpa tu, aku memang tabik spring dengan anda. Walaupun dia sebegitu, bayi itu tetap anak kita dan darah daging kita. Menjadi tanggung jawab untuk kita menjaga dan membesarkan dia. Dia istimewa dari pelbagai segi yang telah ditentukan tuhan.

Aku sebagai seorang ibu, amat simpati kepada wanita itu. Betapa dia perlu keraskan hati dan dindingkan dengan tembok batu untuk menghadapi hari muka. Di kala kita bergembira dan mnghayati hari2 gembira bersama anak2 yang sempurna serta penuh gelak ketawa, dia perlu berhadapan dengan kekecewaan. Kalau la aku berpeluang untuk bertemu dia, nak aku berikan satu tepukan di bahunya dan satu pelukan sebagai tanda kebanggaan aku. Anda adalah wira di kalangan ibu zaman moden ini..

Comments

Ina said…
bila aku dlm situasi mcm ne, mmg selalu gak la tertenung mereka. tp sebenarnya, bukan tenungan menghina. cuma tenungan bangga dgn parents yg tak pernah membezakan anak2 mereka dan berani berhadapan dgn khalayak ramai. betapa tabahnya mereka ini.

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri