Thursday, September 6, 2012

Evening Primrose Oil (EPO)

Evening Primrose Oil (EPO) memang supliment popular di kalangan wanita. Ia dikatakan mendatangkan banyak kebaikan kepada wanita terumata bagi tujuan kecantikan dan kesihatan dalaman. Dan yang penting, ia dikatakan boleh mengekalkan awet muda seseorang. Kiranya ni modern stlye 'jamu' la..aku pun baru je mula amik..sebelum ni aku banyak amalkan makan jamu and ulam2 je..


Aku baru beli kat farmasi


Evening Primrose Oil EPO ni meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok


Ramai antara kawan2 aku dah lama amalkan EPO ni..aku je baru nak start..apa yang penting kita berusaha untuk menjaga penampilan dan kesihatan diri daripada biarkan begitu saja..
Ni ada sikit info yang boleh dikongsikan.
Kebaikan Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan:


• Membantu mengawalatur kitaran haid

• Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut

• Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj

• Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.

• Melegakan ekzema dan alergi kulit

• Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal

• Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah

5 comments:

InaIn said...

boleh beli kat farmasi je ye? brapa harga dia?

Julia tau tak apa-apa vitamin yang boleh dimakan sbb sejak kerja ne, badan mcm tak bertenaga. penat sgt.

juliaismail said...

Kalau beli kat farmasi ada banyak brand..harga pun bergantung pada brand..yang julia beli ni murah skit sebab farmasi tu packing sendiri. Julia beli RM14 ada 20 biji. kalau tuk kuat badan julia selalu makan jamu. Buat sendiri..leh tengok link ni http://juliaismail.blogspot.com/2011/10/jamu-untuk-kesihatan-wanita.html . Ada juga jamu yang julia beli.. Julia selalu makan jamu Sehat Wanita Set Komplit.. cari kat kedai jamu atau kat kampung baru

InaIn said...

thx julia. kat mana nak cari manjakani?

juliaismail said...

Manjakani ni kedai2 runcit mamak banyak jual..tapi skang ni kat mydin, tesco pun ada jual kat bahagian rempah ratus yang timbang2 tu

InaIn said...

ok. thx a lot julia :)