Sentap ngan blogger!!!! Bukan mudah menjadi wartawan..

Kalau aku tulis aku sentap ngan blogger mesti ramai pelik kan..itu kalau pada yang tak tau aku keje apa. Senang citer gini la..skang ni ramai yang sedari bahawa blogger ngan reporter tak sebulu..reporter mengata blogger..bloggerr plak mengata reporter..dulu aku buat tak tau je la isu ni...sebb aku ni reporter +blogger.. ye la aku keje makan gaji sebagai reporter dan blogging untuk mengisi masa..tapi lately ni aku cam berapi skit dengan certain blogger ni yang over sangat menghentam reporter.

Aku dah lebih tujuh tahun bekerja sebagai reporter dan menulis je yang aku tahu buat untuk mencari rezeki. Bila ada yang mengata punca pencarian rezeki aku, ia memberi kesan yang sangat mendalam. Kebanyakkan Blogger ni suka menghentam reporter hiburan. Bagi aku, Individu yang bergelar wartawan adalah mereka yang layak untuk menggalas tugas2 tersebut.

Kerja sebagai wartawan bukan mudah..Jujur aku cakap..bukan semua orang boleh jadi reporter.. Kami keluar mencari berita..balik dan karang kan..kemudian publish dalam akhbar mahu pun media elektronik.. Tidak kira apa skop sekali pun sama ada politik, hiburan, ekonomi, current news..semua kami buat. Rutinnya sama..Untuk menulis adalah mudah.. tetapi untuk mencari bahan yang hendak ditulis itu adalah sukar..

Macam aku, aku pernah jadi wartawan hiburan..Berita mengenai gosip itu memang mudah untuk didapati. Tapi, untuk mengeluarkan berita yang orang suka baca bukan mudah. Sebagai contoh, untuk membuat fotoshoot..walaupun nampak mudah, ia amat memenatkan..Kita perlu set date, cari baju, ikut kelapangan artis..kekadang nak buat kat luar pastu berdepan pula kerenah artis yang pelbagai..ia bukan mudah.

Seperti yang aku cakap tadi, kami keluar mencari berita. Kalau berita eksklusif..yang melibatkan penyamaran dan sebagainya, lagi susah..percaya la cakap aku. Sebabnya aku pernah menyamar sebagai perempuan mengandung untuk mendapatkan berita eksklusif..Jadi cuba terangkan apa kerja blogger? Duduk depan computer, surf internet, amik info2 dalam wikipedia, amik story2 reporter dalam surat khabar..tempek dalam blog mereka. Tapi aku tak nafikan ada blogger yang keluar pergi assignment macam kami tapi boleh dikira sangat2.

Jadi..tolong la beri penghargaan pada kami..Berilah nilai pada pekerjaan kami sebagai wartawan. Aku tak berniat nak menghentam blogger sebab sbb aku punblogging gak n kekadang aku suka baca blog2 certain2 orang contoh blog resepi, blog kebidanan dan blog kesihatan. Kewujudan blog2 di internet ni adalah penyeri kerana ia menjadi media alternatif. Tapi jangan disebabkan kemunculan anda yang baru itu, anda dah boleh mendabik dada..Jawatan sebagai wartawan ni dah wujud berpuluh tahun dah. Jangan la meletak kami terlalu rendah. Kami berusaha keras mencari berita untuk sampaikan kepada anda. Tanpa akhbar yang asyik kena maki ni la yang menyajikan berita2 penting..Rasa kalau wartawan tak ada..surat khbar tak ada..berita TV tak ada..blogger ada bahan ke nak tulis melainkan dorang tulis pasal diri sendiri..pasal anak..pasal laki/bini..pasal beli keta..

Wartawan la yang mengumpul bahan, interview sana..interview sini..untuk menhasilkan sebuah rencana yang berkualiti..Untuk menhasilkan berita, ambil masa beberapa minit je..Interview lps tu buat story..kalau rencana perlukan research terutamanya rencana mengenai sejarah, kesihatan, isu global. Satu hari punya keje pun belum tentu selesai. I dont think those blogger kan do that..So kepada blogger yang hanya copy bahan2 reporter surat khabar atau elektornik, berhenti la mengata kami ni ha. Kalau nak mengata, stop share bahan kami di blog anda. Sebab bila korang share kami tak dapat untung sehabuk pun. Korang je yang untung dengan jumlah iklan nuffnang korang tu.


Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland