Saya sayang kerja saya...

Kalau kawan2 aku tengok tajuk tu, mungkin ramai pk aku lafazkan dengan maksud sebaliknya. Memang aku kekadang selalu merungut mengenai kerja terutama masa aku kat Meja Rencana. Never endless work. Tapi bila aku dah masuk tahun ke6 menjadi seorang WARTAWAN dan mula merencanakan niat untuk berhijrah dengan kerja2 yang lebih memberi kepentingan kepada keluarga, tiap2 hari aku rasa sedih. Aku takut aku akan membuat keputusan yang salah dan menyesal di kemudian hari. Aku adalah wartawan dan kehidupan wartawan itu adalah aku. Aku mula mengenal dunia karier di sini (Utusan Melayu Berhad). Ini lah dunia aku. Selama 6 tahun, ini saja yang aku tahu buat.

Aku serorang yang tak suka terikat. Bekerja sebagai wartawan memang tak pernah rasa terikat. Aku tak pernah menyesl menjadi wartawan. 6 tahun  tempoh aku bekerja dipenuhi dengan suka berbanding duka. Macam mana aku nak tinggal kan kwn2 aku kat sini. Macam mana aku nak tinggal dunia aku, bagaimana aku nak tukar rutin aku. Itu yang membingungkan.I really enjoy my work. Setiap kali aku keluar pagi, penuh dengan excitement. Aku pulang pula penuh dengan kepuasan. Kalau aku berhijrah, dapatkah aku rasa macam tu lagi.

Aku bukan morning person. Aku bukan orang yang mengikut jadual. Aku bukan orang yang suka melakukan rutin atau benda yang sama setiap hari. Aku tak suka terkepung. Walau ramai menyifatkan kerja aku susah, tak ada masa, susah nak jumpa aku, susah nak join family gathering, tapi itu tak pernah menjadi masalah dan bebanan kepada aku. Mak aku tak pernah menyuruh aku tukar kerja sebab dia tahu ini yang aku suka lakukan. Tp kalau aku masih kekal begini, aku umpama mementingkan diri sendiri. Aku ada suami dan dua anak. Kalau aku masih dengan rutin macam ni, aku hanya ibu dan isteri atas nama sahaja kerana aku lebih pentingkan kepuasan diri aku berbanding mereka.

KENAPA AKU NAK ATAU PERLU TUKAR KERJA

Aku seorang yang suka memasak and makan. Aku mahu anak2 aku makan makanan yang aku masak. Aku nak suami aku makan apa yang aku masak and have bfast,dinner, lunch every weekend. Seperti Addam dulu, sampai umur setahun, dia tak pernah makan outside food even bubur mc d pun aku tak pernah bagi dia. Macam mana sibuk pun aku, aku tetap akan masakkan bubur untuk dia makan. Kekadang mak aku yang masak. Bila ada Rizqy aku macam tak sempat untukbuat semua tu. Dengan kedai dobi lagi. Hari aku cuti pun aku tak sempat masak. Sepanjang 17 hari Ramadan ni aku hanya sempat masak tuk berbuka baru dua kali. Tapi aku cuba juga dengan stim kan sayur2 macam labu, ubi dan carrot kemudian frozen kan. Bila pagi nak antar rizqy ke taska aku stim kan balik semua tu kemudian lecek kan. Itu untuk pastikan dia makan apa yang aku masak bukan apa yang taska masak. Semua tu agak susah aku nak buat sebab weekend pun aku keje. Sian laki aku nak buat semua tu dalam masa yang sama jaga kedai dobi.

Aku nak cuti setiap kali laki akuu cuti supaya kami boleh berjalan atau outting anak beranak. Ini termasuk weeken dan juga public holiday. Kami tak ada masa nak bawak addam jalan. Nasib baik dia ada nenek dan makcik2 yang sanggup layan dia. Tapi sampai bila? Sampai bila im not going to be there to see his growth. I want my family have a normal and ordinary like others.

Semua tu lebih berharga daripada hati perasaan aku. Lagi penting daripada rasa kepuasan aku. I want to be there to witness everythng. Aku nak  menjadi seorang ibu. I thnk, being a mother and a wife is more important than being a journalist. Ill alwaz ready for the country and company but im not alwaz there for my own family. That make me really sad. :-(

Tolong la beri aku petunjuk...

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri