Monday, August 15, 2011

My 3rd Anniversary

Semalam adalah ulang tahun perkahwinan aku yang ke3. Perancangan asalnya aku nak g Ou tuk beli baju raya anak pastu terus buka puasa. Kira celebrate ngan anak-anak la. tapi perancangan tak jadi seperti yang dirancangkan. Disebabkan banyak sangat baju-baju kat kedai, kami singgah kedai dulu nak tolong pekerja aku settle kan baju2 yang kebanyakkannya nak kena iron. Kira sambut anniversary kat kedai dulu la.

Dalam kul 6 lebih baru gerak ke OU sebab Johan, Lin n anak2 dia nak join lepak sana. Si Johan kata nak belanja makan kat TGIF. Kami ikutkan sajer la sebab FREE kan..hehehehe.. Lepas makan baru nak pusing2 cari baju anak2.

Lepas makan kami pusing2 la OU dengan 2 anak bujang aku and 2 anak instant si Johan ni. Punya la kelam kabut nak handle semua. Sib baik dua yang kecik tido dalam stroller. Anak aku 2 tahun anak Lin 3 tahun. Tarlari sana terlari ni. Dua2 mintak dukung. So terpaksa gilir2 tolak stroler. Mintak kendong la..Yang best nye dua2 nak aku pegang. Aku dah macam ada ank kembar laki pompuan..hehehehe..lagi pun badan dorang sama besar je. Yang bestnye anak lin panggil aku mummy gak.

Ini la 1st time aku outting ngan member yang bawak anak jugak. Maklumla kebanyakannya belum kawin. Walaupun kelam kabut, we had fun melayan kerenah mereka. Walaupun ramai yang menyifatkan melayan kerenah budak hyper n aktif ni satu membebankan, bagi aku ia adalah keseronokan yang tak ramai orang ada.

So that is basicly my sambutan ulang tahun perkahwinan. Tak ada fancy2 pun tapi tht is all about it. Family, friends and love..

PS: And to my friend Johan, U'll be a good father on day..

No comments: