Wednesday, August 24, 2011

Jumpa kak Jee

Baru2 ni aku jumpa satu blog artis veteran ni. Blog Dunia Dari Dapur Kak Jee http://www.dapurkakjee.com/ .Aku seronok baca blog dia. Banyak resepi. Cara dia tulis resepi and masakan dia ringkas. Tak susah nak cuba. Cara dia ajar pun macam cara mak-mak kita ajar. Nama yang dia bagi kat masakan2 dia pun comel2. Kekadang dia bkn tulis resepi je benda2 lain pun dia attach juga dalam blog dia macam berita terkini. Pastu semalam masa aku jadi oc malam nampak dia duduk kat meja bulat. Dia ngan anak dia datang jumpa Kak Lin utusan sebab nak bagi Kuih Tart. Aku pun terus cam teruja jumpa dia. Cakap aku suka baca blog dia sebab banyak resepi. Dia punya la teruja. Seronok katanya sebab orang muda cam aku visit blog dia selalu. Pastu tetiba kak Azah grafik Kosmo datang kat meja. Dia pun tegur anak Kak Jee kata 'selalu tengok awak dalam blog mak awak'..hehehe..Lagi teruja la Kak Jee bila banyak orang kat utusan melayari n meminati blog dia. So pada mereka yang nak cari idea nak masak apa leh visit blog dia ye..

No comments: