Wednesday, August 10, 2011

Ramadan Aku

Hari ini dah hari ke 10 umat Islam menyambut  ramadan. Kali ni aku berpuasa dengan 2 orang anak. And again aku menjalani ibadah puasa dalam suasana kedai dobi. Jika tahun lepas aku ada juga bersahur di rumah tp tahun ini aku di kedai sentisa. Dah lama sangat aku tak balik rumah. Walaupun baru-baru ni pekerja aku dah cuci rumah n siapkan untuk aku bawak balik baby, still aku tak balik. Ye la kalau balik rumah aku kena turun bawah bawak anak-anak. Mana aku nak pegang rizqy..pastu nak pimpin Adam plak. Tu sebab aku amik keputusan duduk je kat kedai. Senang. Bangun pagi pekerja sampai dia mandikan anak aku dulu. Aku plak siap nak g keje.

Disebabkan aku suka makan n suka masak, aku dah lengkapkan kedai aku ddengan semua peralatan dan benda2 tuk aku masak. Aku dah ada dapur. Aku ada laci tuk simpan rempah2 semua. Rak pinggan. Kuali, periuk, sudip, pendek kata semua ada. Alat nak buat roti jala pun ada. Hahahaha. Peti ais pun ada termasuk meja makan enam kerusi kayu jati yang mak aku bagi. hehehe. Tak ke dah macam rumah dah?

Orang pernah tanya, selesa ke tinggal kat kedai. Selagi kita pandai sesuaikan diri, kita akan rasa selesa je walau kat mana pun. Yang penting aku leh masak makan tuk anak-anak and tuk aku laki ini. Tapi by time sebelum raya ni aku kena balik rumah jugak la. Kesian kat anak aku yang kecik tu tak kan nak duk kedai je kan.

Ramadan aku kat kedai ok je. Kind of enjoying everythng. Aku bangun sahur..masak makan skit lebih kurang. Pastu aku masak skli makanan baby tuk hantar kat taska pastu g keje. Aku jarang dapat berbuka di rumah aka kedai. Memandangkan aku habis keje kul 6 tu belum kira kalau ada asiggmnt petang lagi. Memang la tak sempat sampai. Sepanjang 10 hari ni sekali je aku sempat masak tuk berbuka. Aku buat roti jala. Entah la bila lagi berpeluang nak masak.

No comments: