Kebaikan Manjakani

Hari ni aku nak kongsi mengenai kebaikan manjakani yang dikenali dari turun temurun membawa kebaikan kepada kesihatan wanita terutamanya bahagai keintiman. Manjakani telah diamalkan oleh orang Arab, Iran, India, Cina dan Melayu. Malah ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 Sebelum Masehi oleh orang-orang Mesir Purba.


 Ia sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Manjakani adalah buah yang dipercayai membantu merapat dan menegangkan dinding faraj. Ia juga dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita.

Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula. Ia juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.

Anti-oksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi. Manjakani yang bersifat astrigen pula boleh membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.

 Bukan itu sahaja,Ia juga dapat mencerahkan di samping melicinkan kulit di kawasan intim wanita. Astrigen penting untuk merawat keputihan dan juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak

Macam aku..aku mengamalkan pengambilan manjakani melalui jamu yang aku buat..aku masukkan dalam ramuan tersebut dan minum perahan air. Melalui satu blog yang aku baca, dia guna juga manjakani untuk membuat rempah untuk bertangas. Nanti kalau ada kelapangan aku nak cuba juga bertangas sendiri. Nanti kalau dah cuba boleh la aku kongsi kat sini..

Comments

Unknown said…
assalamualaikum kakak2 semua,, saya ade jual ” Jamu Manjakani Homemade” .. Order baru buat.. fresh item gitu!! jika berminat bole call/whatsup/mesej (Eja 0176880615)
#cantikluardandalam

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri