Tuesday, September 13, 2011

Siti Mariam.. (khas buat Maria)

Kau seindah nama
Kau secantik bunga
Kau semanis gula
Kau penyeri warna
Kau adalah sebuah cinta...

Kau sapu air mata
Kau tabah dari mula
Kau memberi kata
Yang tiada pernah cela

Di kala tuhan menguji
Kau tetap berdiri
Walau bukan dengan kaki
Tapi dengan panji hakiki

Kau kutip kelopak bunga layu
Yang tidak orang ingini
Kau hiasi indah panorama
Hanya dengan peribadi diri

Kau menjadi diri sendiri
Tanpa pernah ada lakonan
Tolong jangan akhiri
Keindahan yang kau ciptakan

Masih ramai yang mengasihi
Masih ramai yang menanti
Kepulangan bidadari
Yang bernama ...SITI MARIAM...


oleh JULIA ISMAIL

No comments: