Making meal for your kids..

Aku dilahirkan dalam family where mom cooks everthng...No outside food unless ada special occasion. Dulu aku selalu kata bapak aku kedekut sebab tak nak bawak kitorang makan kat luar tapi bila aku dah jadi mak ni baru aku tau betapa pentingnya seorang ibu itu memask makanan anak2 nya. Bila kita masak makan anak-anak, kita tahu khasiat setiap makanan yang dimasak. Kalau kita beli kat luar sebagai contoh yang kebiasaan orang beli bubur mcd, (bukan aku nak ban bubur mcd tu, aku pun suka makan) kita tak tau sejauh  mana penggunaan bahan perasa dalam bubur tu. Kalau kita beli yang instant pun susah tentu ada bahan pengawet.
Bukan sahaja kita boleh tentu kan khasiat makanan anak-anak kita tapi itu adalah salah satu cara kita menunjukkan kasih sayang kita iaitu melalui masakan. Orang kata air tangan ibu itu lebih afdal.

 Cerita anak aku yang pertama dulu, sampai dia umur setahun, dia tak pernah sentuh makanan lain selain yang aku masak. Bubur mcd apatah lagi. Fries pun aku tak pernah bagi. Ye la perut budak2 bukan kita tau ketahanan dia. Aku kerja sebagai wartawan and dah tentu aku sibuk. Tapi setiap pagi aku akan masak bubur untuk Addam pastu bekalkan ke rumah mak aku. Kekadang kalau aku cam malas skit aku pesan mak aku masakkan. Kalau aku keluar mana2 pun aku akan bawak bekal. Selalu orang tanya aku beli saja la yang instan cam nestum ke tapi entah la mungkin aku terikut perangai mak aku. Aku akan usung la bubur yang aku masak tak kira la aku nak keluar g kenduri kawin ke, One Utama ke, Mid Valley ke atau ke mana2 pun. Kalau aku kena keje ari cuti pun aku akan masak dulu tinggal kat laki aku. Mungkin aku ni cerewet tapi bagi aku itu la the best.

Sekarang ni anak kedua aku si Rizqy tu duduk kat taska. Setiap pagi aku akan masak bubur tuk dia pastu  bekalkan ke Taska. Memang orang rasa pelik sebab tak kan taska tak bagi makanan, tapi entah la. Aku memang cerewet bab makanan anak2 aku. Walau pun simple aku rasa masak makanan mereka tu satu kemestian. Sekarang ni Addam banyak duk umah nenek dia, jadi nenek dia yang masak. Orang tua2 kata kalau kita masak makanan anak2 kita mereka akan rapat ngan kita. Cuma kelemahan dengan tabiat aku ni, dulu masa Addam kecik, aku pergi ke Penang and tinggal kat Homestay masa kakak aku kawin. Nak jadikan cerita kat umah tu tak ada dapur so aku tak leh masak bubur tuk Addam. Akibatnya Addam tak nak makan benda lain. Dia nak makan nasi jugak. Laki aku g la Tesco cari makanan instant heinz tu tp dia langsung tak nak. So masa kenduri tu terpaksa la dia makan nasi kenduri yang aku lenyek2. Susah ati aku dibuatnya.

Masakan aku mudah. Dengan Rizqy ni aku permudahkan sikit tugas aku. Masa dia 5-7 bulan aku stim kan sayur2 macam labu, carot ngan ubi. Pastu aku letak dalam freezer. So setiap pagi aku akan amik dua tiga ketul, stim kan balik pastu lenyek. So tak la memakan masa sangat memandangkan aku kena antar dia awal pagi. Senang je kan. Dengan cara ni kita tak yah membazirkan seperiuk bubur yang belum tentu dia hbs kan. Ye la baby 5-7 bulan tak makan banyak sangat. So kita just defrost banyak mana yang dia nak makan je. Senang je kan.

Bila dia besar skit aku masak bubur. Semua simple2 je. Bubur tu aku campurkan dengan sayur2 gak. Aku letak carot, ubi, sawi (cincang kecik2), bayam, labu, brokoli and apa saja sayuran yang leh hancur bila kita masak. Ayam aku tak letak lagi memandangkan nanti aku kena blend. Isi ikan pun boleh letak. Dulu masa time addam aku blend bubur dia. Tapi time Rizqy ni aku tak nak ajar dengan blend sebab nanti dia lambat untuk boleh menelan. Kalau ada ketul2 skit je dia macam nak tercekik. So far Rizqy ok. Skang ni dia boleh makan bubur nasi yang tak la hancur sangat. Mungkin orang berbangga dengan beli makanan mahal2. Ye la Heinz tu kan mahal. RM4-RM5 sebotol tuk sekali makan. Tapi bagi aku, aku bangga dengan makanan yang aku masak. Aku tak malu nak keluarkan tupperware sambil duduk kat kerusi rehat OU sambil suap anak2 aku.

Bila anak-anak makan makanan yang sihat dan berkhasiat mereka tak memerlukan sangat susu-susu mahal yang diperkaya dengan pelbagai vitamin. Itu satu kelebihannya. Memang tak dinafikan, kanak-kanak yang tak makan, mereka memerlukan susu premium yang kebiasaannya lebih mahal. Kalau yang mampu tak salah untuk beli susu2 yang lebih mahal harganya. Pakar makanan kata, lagi hampir susu tersebut dengan susu ibu, lagi mahal harganya. Anak-anak aku minum susu murah dan makan makanan yang aku masak. Aku rasa aku ok dengan fact tu. Aku tak nak berlumba-lumba mengenai jenama susu formula atau jenis makanan yang mahal-mahal. Bak kata mak aku, kami adik beradik minum je susu murah and tak makan pun makanan mahal-mahal tapi kami masuk jugak universiti. i think tht is the best. Aku rasa tenaga aku dan kasih aku masa menyediakan makanan dan minuman anak-anak aku, itu lah lebih mahal dari segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri