Sunday, September 4, 2011

Cerita raya...

Semalam adalah hari pertama aku bekerja selepas bercuti raya 6 hari. Cuti paling lama aku pernah dapat sepanjang jadi reporter ni. Memang cuti sakan la aku. Aku jalan dari Sri Iskandar, Bota, Kuala Kangsar, Rembau, Tampin n Seremban. Seronok raya aku tahun.

Semalam aku dapat tugasan tinjauan merdeka. Terkejut gak aku sebab merdeka dah lama dah. Relevan lagi ke bos aku nak bagi tugasan tinjauan merdeka ni. Tapi aku ikutkan aja. Sebelum aku nak bertolak aku dapat call dari kawan opis kata tugasan aku tu batal so aku kena g umah Allahyarham Noramfaizul, Jurukamera Bernama TV yang terkorban sebab kena tembakan curi. Terkejut aku sebab aku tak sempat tengok TV lagi time tu. Tk sangka misi ke Somalia tu ada kecelakaan. So aku pun sarung la baju raya aku yang 'stil tak basuh lagi' hahahahaha.

Aku agak compius gak cameraman yang mana satu. Tapi bila sampai umah mak dia baru la aku cam. Sedih gila. Tapi tak apa la. Dia pergi meninggalkan anak-anak dan keluarga sebagai wira. Wira yang telah mengangkat nama seorang petugas media. Lepas ni baru la orang bukak mata mengenai pekerjaan petugas media ni yang sentiasa berada di belakang melaporkan kewiraan orang lain, Tetapi kewiraan sendiri tiada siapa yang nampak.

Abg Noramfaizul...kamu adalah wira kami...

Al-fatihah untuk Noramfaizul...

1 comment:

Fatin Mraz said...

innalillah hi wainna lillahirojiuun..
semoga roh nya dicucuri rahmat Allah.. amin..