Be strong my friend.. Siti Mariam aka Maria

Dari kiri: Marlia, aku, Johan and Maria semasa sambutan tahun baru 2008. Kiri  di bahagian belakang adalah suami dia Khairul Zafran dan Khai.

Hari Sabtu lepas aku ada buat post mengenai Siti Mariam atau Maria yang akan menjalani brain operation untuk buang tumor. Half way of the operation kami semua dikejutkan dengan satu lagi berita iaitu doktor tak berani menjalankan apa2 prosedur kerana keadaan terlalu bahaya. Tumor itu terletak di bahagian paling penting otak dia. And its too risky to remove it. So doktor decide hanya mengambil secebis spesimen untuk membuat kajian. Waktu tu juga doktor memberi tahu tumor tersebut sebenarnya adalah CANSER!!. Ya Allah..besar sungguh dugaan kamu kepada dia, suami dan ahli keluarga. Berat sungguh mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul.

Keputusan aku yang sebelum ni tak nak g tengok dia selepas operation terpaksa aku lupakan. Aku, suami dan anak2 bergegas ke PPUM. Sampai kat wad ICU Maria dah sedar tapi masih mamai sebab ubat bius ada lagi. Ya Allah sedih aku tengok dengan wayar terkeluar dari kepala. Dia masih lemah dan tak leh cakap. Sekejap2 dia batuk sebb gatal tekak kesan dari buis. Dia hanya pandang dengan mata belas. She look so strong..She make me cried.. Dia hanya mengenggam tangan aku kuat2..

Sekarang ni doktor belum bagi apa2 keputusan cuma mahu buat kajian untuk tentukan dia tahap berapa, jangka hayat dia and apa medication yang sesuai. Aku harap Maria dapat pulih seperti biasa and boleh having fun macam dalam gambar tu lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri