Saturday, January 25, 2014

Minat Baru..

Selepas hampir lama aku mendiamkan diri dari duni blogging ni..aku dah develop satu minat baru iaitu minat kepada reptilia..Sebenarnya aku dah lama minat haiwan2 reptilia ni dan dulu aku pernah membela beberapa haiwan seperti iguana, kura-kura dan sebagainya..(kura2 reptila ke? hehehe)

Dah setahun lebih sebenarnya cuma aku xberapa nak expose sangat ketaksuban aku terhadap haiwan-haiwan ini sebab ia akan membuat ramai yang kurang selesa..tp aku rasa, ada patutnya aku kongsikan perkara ini supaya ramai yang memahami mengenainya.

Kalau ramai yang nak tahu, aku sangat minat dengan ular..dan kini aku ada enam ekor ular dalam jagaan aku termasuk seekor milik rakan yang meminta aku tolong jagakan. Dekat FB, aku jarang share cerita mengenai ular-ular yang aku bela sebab takut mengganggu sensitiviti sesetengah pihak..tak apa la..Di sini aku hanya mahu berkongsi..Sekiranya mengganggu anda jangan teruskan pembacaan..

Ular pertama yang aku beli ada jeni sawa iaitu Ball Python jantan..beberapa bulan kemudian aku membeli seekor lagi Ball Python betina..pernah satu ketika..aku memiliki 4 ekor ball python gara2 kawan inta belikan kemudia last minute cancle..Aku jaga sampaila ada yang sudi menjaganya.

Bulan Ogos tahun lepas, aku beli dua ekor corn snake betina (Snow corn and amel motley corn snake). Aku ingat ketaksuban aku berhenti di situ tapi rupanya tidak..hahaha..aku membeli dua ekor lagi melalui biding dari pembiak yang berasal dari Malaysia..Aku beli Extream oketee jantan dan juga Albino Nelson milk snake..Tapi Nelson tu tahan cuma sebulan saja. Mati sebab penyakit yang aku gagal kesan puncanya.

Terbaru, seorang rakan dari FB meminta aku menjagakan Shockhead Milksnake..menjadikan kesemunya 6 ekor kesemuanya..
Ini adalah antaranya

empat ekor ular ini masih baby..this is what me called colourbrit..
3 of these is the same species and one of it is diffrence