Cikgu di tangkap cuba lakukan zina...


KOTA BHARU - Seorang guru wanita di sebuah sekolah  rendah di Pengkalan Chepa dan pasangannya didenda  RM2,500 seorang oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini  semalam kerana telah cuba melakukan zina di dalam sebuah  kereta November tahun lepas.

Hakim, Nik Najib Che Hassan menjatuhkan hukuman  tersebut kepada Faridah Hanun Mohd Arifin, 35, dan pa sangannya Muhammad Zulaizal Azrul Roshdi, 23 selepas  mempertimbangkan pengakuan bersalah tertuduh, fakta kes  dan rayuan daripada kedua tertuduh.

Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh secara ber sama pada 1 November 2013 pada pukul lebih kurang 10  malam di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi  padang bola Jalan Pantai Mek Mas, Kuala Besar telah  melakukan perbuatan Mukaddimah Zina.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut dengan  berada berdua-dua di dalam kereta jeni Proton Saga dalam  keadaan lelaki berbogel duduk di bahagian pemandu ma nakala perempuan berada di sebelah kerusi pemandu hanya  berbaju t-shirt dan bogel bahagian bawah.

Faridah dan Muhammad Zulaizal yang bekerja di sebuah  bengkel cat kereta bukanlah pasangan suami isteri yang sah  ketika kejadian.

Oleh yang demikian, kedua-dua tertuduh telah melakukan  kesalahan di bawah Seksyen 12 Kanun Jenayah Syariah No.  2/85 Negeri Kelantan - Mukaddimah Zina yang membawa  hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau tiga kali sebatan.

Mengikut fakta kes, ketika Pegawai Penguatkuasa Agama  Kota Bharu membuat serbuan hasil aduan orang ramai,  tertuduh bertindak agresif dengan cuba melarikan diri dan  hampir melanggar anggota bertugas.

Bagaimanapun, kereta tersebut tersekat selepas melang gar sebuah pokok yang berada berdekatan kawasan ter sebut.

Tertuduh enggan membuka pintu kereta bagaimanapun  selepas pintu berjaya dibuka, pegawai bertugas mendapati  seorang lelaki dalam keadaan berbogel di bahagian pemandu  manakala wanita di sebelahnya memakai t-shirt dan bogel  bahagian bawah.

Terdapat juga beberapa helai tisu yang sudah digunakan di  bahagian letak kaki dan juga luar kereta.

Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan  Hassan memohon mahkamah memberi hukuman yang se timpal memandangkan ini bukan kali pertama mereka  melakukannya.

“Menurut laporan orang kampung, kelibat kereta ini sering  dilihat berada di kawasan tersebut dan mengikut fakta kes,  mereka cuba melarikan diri dan apabila ditangkap mereka  berada dalam keadaan yang mengaibkan.

“Tambahan pula, kejadian dilakukan pada hari Jumaat  yang seperti mana kita tahu ia adalah penghulu segala hari  yang patut dipenuhi dengan ibadah tambahan pula profesion  salah seorang tertuduh adalah guru yang sepatutnya men jadi contoh,” katanya.

Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman diringankan  dan menyatakan mereka telah menyesal dan berjanji tidak  akan mengulangi perbuatan yang sama.

“Selepas kejadian, saya dan Faridah telah bernikah pada 4  Januari lepas dan kami menyesal dengan apa yang berlaku,”  kata Muhamad Zulaizal.

Mahkamah menetapkan penjara tiga bulan sekiranya  gagal membayar denda yang dikenakan dan kedua-dua  tertuduh membayar denda.

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland