Hidup berubah..life is not easy..
Setelah lama aku menghilangkan diri dari dunia blog ni..aku kembali mencoretkan apa yang aku rasa mahu coretkan..hmm..mana nak mula..
Dari segi kerjaya..aku masih di kelantan sebagai wartawan Kosmo..dan tahun ini adalah tahun ketiga aku di sini..Kehidupan di sini amat mudah..jauh dari hiruk pikuk kota yang tak pernah aku rasa sebelum ini..Tahun ini adalah permulaan baru bagi aku..setelah dua tahun aku melupakan tanggungjawab itu, yang hanya aku lakukan sebulan sekali.
Kedua-dua permata aku telah aku bawa ke sini dan bersekolah di Kota Bharu..begitu juga suami aku yang yang membuat keputusan untuk menetap bersama sebagai satu keluarga semula.
Tapi, sebab dah lama sangat aku terlupa banyak perkara dalam menjadi seorang ibu sehinggalah perkara mudah seperti membeli puting susu anak yang salah..thats is funny..
Kalau nak dikira, dah setengah bulan la kami hidup seperti keluarga lain, makan bersama, tidur bersama, sarapan bersama, bahagianya rasa. Sebelum ini aku je ada kat kelatan tapi yang lain semua kat KL..
Hari ini tak ada bezanya dengan 15 hari sebelumla..Bangun pagi-pagi, aku dah terpekik terlolong menejerit suh semua orang bangun termasuklah bapaknya untuk ke sekolah..bila dh nak keluar rumah baru perasan yang hari ini hari sabtu..aduh..haruslah aku masuk balik dalam rumah gelak sorang2..
Lepas tu aku masak nasi lemak..sedap..bungkus untuk bawak opis boleh plak lupa tertinggal kat umah...dah tak ada makanan untuk lunch..
Perkara paling best hari ni adalah sampai opis je aku tengok kasuh sebelah lain2..aduh..itu perkara yang aling kronik!!! I need a vacation guys!!
Comments