Tak makan nasi belum tentu boleh kurus...

Bila bercakap mengenai diet..ramai yang mengesyorkan bahawa cara paling mudah untuk kurus adalah dengan tidak mengambil nasi sebagai makanan harian kita. Aku sangat setuju dengan cadangan itu dan telah terbukti ramai yang berjaya menurunkan berat badan dengan banyak apabila mengurangkan atau tidak mengambil lansung nasi.

Tapi, ramai juga yang tidak berjaya menurunkan berat dengan mendadak walaupun telah menyekat pengambilan nasi..Kenapa?

Aku ada buat pemerhatian kepada rakan-rakan aku yang mengamalkan diet..Aku tengok juga kenapa sebahagian daripada mereka berjaya dan kenapa sebahagian lagi tidak. Ramai sebenarnya yang tidak benarr-benar memahami erti diet atau pemakanan sihat. Ramai juga yang tidak mengambil tahu mengenai setiap makanan yang mereka ambil.

Nasihat aku, jika kita ingin berdiet atau menurunkan berat badan, buat sedikit kajian. Internet kan dah mempermudahkan cara..Mula-mula faham apa itu erti diet..diet bukanlah regim untuk kita menahan lapar or starving. Diet adalah amalan pemakanan yang sihat. Apabila sudah memahami apa itu amalan pemakanan sihat, kita perlu faham pula mengenai makanan dan fungsinya. Tak salah jika kita menjadi sedikit cerewet dalam pemilihan makanan dan apa yang penting adalah mengira kalori makanan anda. Apa yang penting untuk menurunkan berat badan adalah create kalori defisit..

Berbalik kepada kenapa anda sudah menolak nasi tetapi berat masih tidak turun dengan mendadak..jawabnya senang. Kerana mungkin anda telah salah memilih makanan penganti bagi nasi. Nasi adalah karbohidrat. Kita selalu mengesyorkan ramai mengurangkan nasi kerana nasi adalah sumber karbohidrat utama rakyat Malaysia. Kadang2 orang tak faham bila kita kata kurangkan karbohidrat..lebih senang bila kita sebut kurangkan nasi.

Ramai yang menolak nasi tetap cenderung memilih makanan karbohidrat lain sebagai pengganti tanpa mereka sedari makanan itu memberi tambahan jumlah kalori dalam badan menyamai nasi sebagai contoh roti. Mengambil 4 keping roti menyamai hampir sepinggan nasi. Selain itu, mee kuning..sepinggan mee kuning goreng jumlahnya adalah lebih kurang 600 kalori menyamai sepinggan nasi goreng dengan telur mata. Begitu juga dengan bee hoon..Kita kena bijak dalam berdiet. Untuk menurunkan berat biarla denagn cara yang betul. Jika tidak, usaha anda adalah sia-sia

Comments

Afiq said…
Assalamualaikum kak Julia...
Yup memang betul kalau nk kurus badan mestilah kurangkan karbohidrat dan glukosa(gula) dan makann banyak protein dan sayuran.
Nasihat saya, buat Atkins Diet iaitu diet yang sihat dengan hanya consume protein dan sayuran sebagai makanan. Saya dah try. Disertai dengan senaman setiap hari, Alhamdulillah saya dah kurus (tahap normal), dulu gemok sangat. Hehe saje nk share opinion. THX and maaf banyak2.
Orked said…
thanks for the info Kak Julia~

BTW, saye br foLLOw akak.best sangat sbb byk info shared kt cni =)
Orked said…
thanks for the info Kak Julia~

BTW, saye br foLLOw akak.best sangat sbb byk info shared kt cni =)
ummi said…
lynda memang kurangkan pengambilan nasi,1-2 genggam ja sehari,tak boleh diet sangat sbb menyusu baby...tapi dh kurang 6kg dlm masa singkat...lynda juga amalkan supplement shaklee.....jom lawat blog lynda untuk berkongsi info....

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri