Mengandung..menyusu..xperlu puasa?

Tahun lepas aku ada tulis pasal perkara ni. Mengenai ibu2 yang mengandung dan juga ibu2 yang menyusu tak nak puasa dan tak mahu mencuba langsung untuk berpuasa. Tadi aku ada baca entri seorang blogger mengenai puasa ketika menyusu menyebabkan kita penat, mengantuk dan production susu sikit. Memang tak di nafikan tapi bukankah penat dan mengantuk itu perkara biasa ketika kita berpuasa?

Memang ada kelonggaran dalam agama kita bagi golongan menyusu dan juga yang mengandung tetapi bagi aku, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak berpuasa malah ada yang langsung tidak mahu mencuba. Aku bukan cerita kosong..aku dah mengandung dua kali masa bulan ramadan dan tidak ada sehari pun aku pon aku tinggal..kiranya dua tahun puasa penuh.. Yang penting niat kita untuk menjalankan ibadah puasa maka tuhan akan berikan jalan..tetapi sekiranya ia telah terlalu memudaratkan maka harusla berbuka.

*ni aku copy skit entri aku tahun lepas
Tidak dinafikan ibu mengandung dibolehkan untuk berbuka puasa tetapi janganlah jadikan ia alasan untuk berbuka. Jika seorang ibu memberi alasan tidak mahu berpuasa kerana gusar bayi dalam kandungannya tidak menerima zat yang secukupnya alasan itu tidak boleh diterima. Ini kerana Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatimah Najla Mohd Jaafar memberitahu dalam satu artikel yang aku baca bahawa janin mendapat nutrisi daripada zat yang tersimpan di dalam lemak dan hati.

Masalah biasa yang para ibu adalah gastrik, kembung dan refluxdan. Keadaan ini menyukarkan para ibu untuk berpuasa. Aku pun hairan, masa kehamilan pertama dulu aku ada masalah cam tu. Sebelum puasa pun aku ada kembung n perlu makan. Jika tak aku akan menggigil. Kebiasaannya kalau gigil ni org kaitkan dengan kencing manis tapi aku tak ada kencing manis. Tp kuasa tuhan..bila waktu puasa aku gagah saja.

Yang penting adalah kemahuan kita..betul tak?

Ni aku amik plak sedikit info daripada Blog Susu Ibu

  • Jangan bimbang kerana sebenarnya anda boleh terus menyusukan biarpun sedang berpuasa. Yang penting anda menjaga keperluan nutrien.
  • Keperluan ibu yang menyusukan terutama protein sebagai nutrien utama pengeluaran susu ibu akan meningkat daripada 45gm kepada 75gm.
  • Kebanyakan pengambilan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus.
  • Diet masyarakat Malaysia yang tinggi pengambilan lemak tepu dan karbohidrat (terutama gula) dan terlalu sedikit pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan akan membuatkan anda kekurangan nutrien sebagai ibu yang menyusukan bayi terutama sepanjang Ramadhan.
  • la membantu membekalkan tenaga agar mama boleh berpuasa dengan tenang tanpa rasa lapar atau dahaga kerana menyusukan bayi. Selain itu susu yang dihasilkan juga tetap mencukupi untuk anak anda.
  • Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak
    • Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.
    • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.
    • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
    • Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]

    Comments

    Ina said…
    ingat dulu masa bulan ramadhan pertama dengan anak, baru berapa bulan jer usianya. alhamdulillah, boleh jer menyusukan dia tanpa perlu tinggalkan puasa. masih bertenaga dan boleh lagi buat kerja-kerja lain.
    juliaismail said…
    Betul tu..itu sebaiknya kan..jangan jadikan alasan menyusu nanti tak boleh puasa..memang la ada kelonggaran tp rasa orng terlalu ambik kesempatan

    Popular posts from this blog

    Jamu untuk kesihatan wanita

    Pelacur Remaja..

    Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland