Wednesday, February 1, 2012

I've learned my lesson..

Dulu aku selalu kata aku survivor.. i will survive in any situation and aku sangat berdikari.. My stay here really make me learned something about me.. Dulu aku marah bila orang panggil aku manja. But the truth is.. bila aku sendiri kat sini baru aku sedari aku memang seorang yang MANJA!!

Baru aku sedar yang my life actually arranged by people around me. Bila pk balik, zaman aku berlum kawin semua benda bapak aku buat. Even barang2 pakai dan keperluan wanita pun bapak aku beli. Pasal kereta lagi la..haram aku tau satu pun. Maklum la aku ada 3 beradik perempuan dan seorang sahaja lelaki. Memang betul..bapak aku terlalu manjakan kami and now baru aku tau aku tak reti buat banyak perkara.

Bila kawan aku tanya, apa sebenarnya yang buat aku sedih..lama jugak aku terdiam pikir jawapan. Yela sebab hampir setiap hari aku kata aku sedih. Nak kata aku rindu..memang la aku rindu tapi most of the time kawan2 akan lepak ngan aku sampaila waktu aku balik tuk tido je.

Sebenarnya aku sedih sebab aku rasa susah sangat kat sini. Semua benda aku kena buat sendiri. Aku tak pernah buat semua benda ni. Bila aku kawin, semua laki aku yang buat. Lepas bersalin, kami nak cari rumah sewa, semua urusan dia yang uruskan. Sampaila masa nak pindah, semua barang2 pun dia ngan kawan2 dia yang urus. Aku sampai rumah yang ready tuk diduduki. Bila kami beli rumah pulak, sebelah blok je dari rumah sewa. Pagi aku bangun g keje, malam aku balik, barang2 semua laki aku dah pindahkan. Aku cuma perlu letak cadar tilam je.

Sekarang ni, tempat tido aku kena cari sendiri, rumah kena cari sendiri..cari makan sorang2...huh..aku kena belajar buat semua benda tu sendiri. Aku nak cari barang2 rumah pun sendiri..sungguh aku tak biasa keseorangan..keta nak antar basuh lagi,,dulu laki aku yang antar p kedai...

Memang skang baru aku tau aku memang seorang yang MANJA dan sangat bergantung pada orang disekeliling tanpa aku sendiri and yes..i've learned my lesson...

3 comments:

Ahmad Tongkeng said...

alah takpe, it's never too late to start

juliaismail said...

Tapi sedih sebab dah tua2 kena dok sendiri

Ahmad Tongkeng said...

haha well i don't know about the 'old' part..

i'm older than you. means you're like adik2