Saturday, February 11, 2012

Terkunci luar bilik!!!

Ari ni aku bangun tido dengan penuh ceria nak g jalankan tugas kat Tanah Merah.. Bangun tido siap aku buat exercise for 30 minutes..

Ari ni ari Sabtu..Orang kat guest house tak ada. So aku keluar nak mandi, aku berkemban je la mandi lagi pun bilik air betul2 depan bilik aku. Toilet tu aku kongsi ngan pompuan sebelah bilik aku.

Nak jadikan cerita..masa aku tengah mandi aku terpandang baldi kecik aku yang aku letak barang mandian. Nak jatuh jantung aku bila tengok dalam tu ada kunci keta aku..

Omagod!!! aku bawak keluar kunci keta bukan kunci bilik!!! So lepas mandi aku pun tercongok depan pintu bilik dok pikir macam mana nak bukak pintu..Dah la tak der orang langsung kat guest house tu. Owner pun tak der. Nak pecah je pintu tu tak ada kudrat aku..

So apa yang aku buat adalah, dengan berkemban tuala tu aku turun sampai pintu bawah guest house yang tinted tu, aku jenguk kepala aku keluar..hahaha..memang lawak la bila pikir balik..kebetulan ada seorang kakak yang keje kat mydin duduk kat tembok tepi tu..aku pun dengan pelahan pangggil dia..Aku kata nak mintak tolong..terkejut dia bila masuk pintu tu tengok aku berkemban..hahahaha..aku nak pinjam phn dia nak call owner..sib baik no phn owner ada atas meja..

Aku pun call la si Uji..nak jatuh jantung aku bila dia kata dia kat KL..sib baik dia kata kat aku suh amik kunci spare..sib baik aku cari2 jumpa..hahaha..percaya betul dia kat aku..dengan sepantas kilat aku bersiap sebab time tu dah kul 9.30 pagi..assignment Datuk Ikmal plak kul 10.30.. Gila Tanah Merah jauh tu..

NI aku masukkan sikit gambar guest house aku..ramai yang tak leh imagine guest house ni cam mana. Ramai kata aku dok hostel..Hostel tu macam asrama..yang ni lebih kepada hotel bajet..ada la gak aku rasa cam bujang lapor cerita p ramlee dulu2..hahahaha\









Ni ruang tuk tengok TV..Yang buat Peace tu member aku reporter Utusan Rodelio Junjun Taucan



Ini ruang tepi..ada tempat nak makan..hujung tu ada bilik jugak..


Ni dapur yang kita boleh masak apa pun..tp kongsi la..dapur ni betul depan bilik aku

No comments: