Hiking Bukit Wawasan, Puchong

Sepanjang tahun 2018.. Kak J semakin aktif dengan running event..obstacle run n hiking. Hiking ni aktiviti yang boleh lose weight dengan berkesan. Kak J ni selalu rasa bosan bila jogging ni..ye la..lari je kan so bila mula kenal dunia hiking ni..rasa seronok plak..tambahan pula husband pun suka n boleh bawak anak-anak.

Ada dua laluan boleh naik sama ada laluan seperti dalam gambar atau laluan berdekatan gerai air kelapa.


Ok hari ni Kak J nak share pasal Bukit Wawasan di Puchong. Bukit ni tak la tinggi sangat cuma 233 meter je tapi sebab belakang rumah je and about 7 minute drive je..ni la bukit yang kak J selalu naik bawak anak-anak sebab ada air terjun boleh mandi..tapi now laluan ke air terjun dh di tutup.
Kalau tak..ini la laluan ke air terjun..now dah ada papan tanda dh


Ni la air terjun dia..cantik sangat..tapi mebi ramai sangat p buat kotor gamaknya dia tutup terus xleh mandi dah


Boleh waze saja Bukit Wawasan nanti akan sampai di kaki bukit ni. Ada dua laluan boleh naik. Kalau naik ikut gambar 1..kita akan jumpa tokong cina. Klu naik ikut laluan gerai air kelapa kita akan jumpa kawasan mendatar yang boleh nampak kawasan puchong n sesuai tuk amik gambar. Kedua-dua laluan ini akan sampai ke satu kawasan mendatar yang akan ada tanda A dan juga B. Laluan B agak susah dan jauh berbanding laluan A. Laluan A akan sampai ke puncak 15 minit awal berbanding laluan B.



 Kak J share gambar-gambar anak-anak. Yang si kecik tu babahnya kendong kat belakang je..






Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri