Posts

Showing posts from August, 2011

Jumpa kak Jee

Baru2 ni aku jumpa satu blog artis veteran ni. Blog Dunia Dari Dapur Kak Jee http://www.dapurkakjee.com/  .Aku seronok baca blog dia. Banyak resepi. Cara dia tulis resepi and masakan dia ringkas. Tak susah nak cuba. Cara dia ajar pun macam cara mak-mak kita ajar. Nama yang dia bagi kat masakan2 dia pun comel2. Kekadang dia bkn tulis resepi je benda2 lain pun dia attach juga dalam blog dia macam berita terkini. Pastu semalam masa aku jadi oc malam nampak dia duduk kat meja bulat. Dia ngan anak dia datang jumpa Kak Lin utusan sebab nak bagi Kuih Tart. Aku pun terus cam teruja jumpa dia. Cakap aku suka baca blog dia sebab banyak resepi. Dia punya la teruja. Seronok katanya sebab orang muda cam aku visit blog dia selalu. Pastu tetiba kak Azah grafik Kosmo datang kat meja. Dia pun tegur anak Kak Jee kata 'selalu tengok awak dalam blog mak awak'..hehehe..Lagi teruja la Kak Jee bila banyak orang kat utusan melayari n meminati blog dia. So pada mereka yang nak cari idea nak masak apa l...

Saya sayang kerja saya...

Kalau kawan2 aku tengok tajuk tu, mungkin ramai pk aku lafazkan dengan maksud sebaliknya. Memang aku kekadang selalu merungut mengenai kerja terutama masa aku kat Meja Rencana. Never endless work. Tapi bila aku dah masuk tahun ke6 menjadi seorang WARTAWAN dan mula merencanakan niat untuk berhijrah dengan kerja2 yang lebih memberi kepentingan kepada keluarga, tiap2 hari aku rasa sedih. Aku takut aku akan membuat keputusan yang salah dan menyesal di kemudian hari. Aku adalah wartawan dan kehidupan wartawan itu adalah aku. Aku mula mengenal dunia karier di sini (Utusan Melayu Berhad). Ini lah dunia aku. Selama 6 tahun, ini saja yang aku tahu buat. Aku serorang yang tak suka terikat. Bekerja sebagai wartawan memang tak pernah rasa terikat. Aku tak pernah menyesl menjadi wartawan. 6 tahun  tempoh aku bekerja dipenuhi dengan suka berbanding duka. Macam mana aku nak tinggal kan kwn2 aku kat sini. Macam mana aku nak tinggal dunia aku, bagaimana aku nak tukar rutin aku. Itu yang membingu...

My 3rd Anniversary

Semalam adalah ulang tahun perkahwinan aku yang ke3. Perancangan asalnya aku nak g Ou tuk beli baju raya anak pastu terus buka puasa. Kira celebrate ngan anak-anak la. tapi perancangan tak jadi seperti yang dirancangkan. Disebabkan banyak sangat baju-baju kat kedai, kami singgah kedai dulu nak tolong pekerja aku settle kan baju2 yang kebanyakkannya nak kena iron. Kira sambut anniversary kat kedai dulu la. Dalam kul 6 lebih baru gerak ke OU sebab Johan, Lin n anak2 dia nak join lepak sana. Si Johan kata nak belanja makan kat TGIF. Kami ikutkan sajer la sebab FREE kan..hehehehe.. Lepas makan baru nak pusing2 cari baju anak2. Lepas makan kami pusing2 la OU dengan 2 anak bujang aku and 2 anak instant si Johan ni. Punya la kelam kabut nak handle semua. Sib baik dua yang kecik tido dalam stroller. Anak aku 2 tahun anak Lin 3 tahun. Tarlari sana terlari ni. Dua2 mintak dukung. So terpaksa gilir2 tolak stroler. Mintak kendong la..Yang best nye dua2 nak aku pegang. Aku dah macam ada ank k...

My 28th Birthday

Semalam adalah sambutan hari lahir aku yang ke 28. Aku ajak asben makan berbuka kat luar ditemani rakan-rakan di Kelana Jaya. Anak-anak aku tak bawak sekali. Aku tinggal kat Selayang. Ramai juga kawan-kawan yang datang. Basicly semua tu kawan2 laki aku sebenarnya tapi semenjak kami bercinta sampailah dah kawin almost 3 years ni (all together 5 tahun) kami dah rapat macam dah kenal dari kecil. Semua ambil berat pasal each other. Lama dah aku tak rasa celebrate birthday aku. Last sekali 5 tahun dulu masa mula-mula kenal husband. And my best friend pun datang walaupun dia bukak posa ngan mak bapak dia dulu. Semalam laki aku kejutkan aku dengan sebiji kek. Dia amik kat keta dia (sebab kami datang asing-asing dari opis) lepas waktu berbuka. Letak depan aku. Terkejut gak aku. Sebab laki aku dah lama tak pernah buat suprise Ye la bila dah kawin n ada anak2 ni sentimen romantik dah hampir kurang. Walaupun dia tak beli kan aku jam mahal atau apa sahaja yang beharga, sebiji kek tu dah cukup...

Ramadan Aku

Hari ini dah hari ke 10 umat Islam menyambut  ramadan. Kali ni aku berpuasa dengan 2 orang anak. And again aku menjalani ibadah puasa dalam suasana kedai dobi. Jika tahun lepas aku ada juga bersahur di rumah tp tahun ini aku di kedai sentisa. Dah lama sangat aku tak balik rumah. Walaupun baru-baru ni pekerja aku dah cuci rumah n siapkan untuk aku bawak balik baby, still aku tak balik. Ye la kalau balik rumah aku kena turun bawah bawak anak-anak. Mana aku nak pegang rizqy..pastu nak pimpin Adam plak. Tu sebab aku amik keputusan duduk je kat kedai. Senang. Bangun pagi pekerja sampai dia mandikan anak aku dulu. Aku plak siap nak g keje. Disebabkan aku suka makan n suka masak, aku dah lengkapkan kedai aku ddengan semua peralatan dan benda2 tuk aku masak. Aku dah ada dapur. Aku ada laci tuk simpan rempah2 semua. Rak pinggan. Kuali, periuk, sudip, pendek kata semua ada. Alat nak buat roti jala pun ada. Hahahaha. Peti ais pun ada termasuk meja makan enam kerusi kayu jati yang mak aku ba...

Nurul Huda memohon Bantuan

Image
Oleh JULIA ISMAIL julia.ismail@kosmo.com.my GOMBAK - Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk me ngalami nasib malang apabila matanya kini buta. Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad,28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008. Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk. “Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan,” ujarnya kepada Kosmo! semalam. Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama. “Tidak puas hati dengan alasan gig...